Kejohanan Piala Dunia Medan Akhir Joseline Sebelum Ke Myanmar

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joseline Cheah
Joseline Cheah

KUALA LUMPUR: Penembak wanita elit kebangsaan Joseline Cheah akan menjadikan pusingan akhir Kejohanan Menembak Piala Dunia (Raifal/Pistol) di Munich, Jerman, bulan depan sebagai medan terbaik sebelum menghadapi Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

Penembak sandaran emas negara pada Sukan SEA dari 11 hingga 22 Dis ini berkata beliau tidak meletakkan sasaran khusus pada kejohanan dunia itu dari 6 hingga 12 Nov ini.

Sebaliknya, beliau berharap dapat mencatatkan keputusan positif di Jerman sebelum menghadapi Sukan SEA keempat bagi dirinya selepas edisi 2005 di Filipina, 2009 (Laos) dan 2011 di Indonesia.

"Saya tidak mempunyai sebarang tekanan untuk meraih pingat emas dan yakin rakan sepasukan terutama Bibiana Ng mampu memberi persembahan cemerlang pada Sukan SEA nanti," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Sebelum itu, Joseline, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menghadiri majlis pelancaran Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.

Beliau layak ke Piala Dunia selepas muncul lapan penembak terbaik yang menduduki ranking tertinggi dalam acara pistol selepas berakhirnya empat siri kejohanan dunia itu.

Joseline sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Menembak Siri Dunia, juga di Munich, Mei lepas menerusi acara 10m Air Pistol.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan