Golf: Rashid Mahu Pamer Permainan Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rashid Ismail
Rashid Ismail

KUALA LUMPUR: Menjelang kejohanan Golf PGA CIMB Classic 2013 yang bakal membuka tirainya pada Rabu, pemain elit negara, Rashid Ismail enggan menjadikan kecederaan yang dialami sebagai penghalang untuk mempamerkan aksi terbaik.

Rashid berkata, peluang beraksi di kejohanan ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memperbaiki teknik permainan serta mengutip lebih banyak pengalaman bertemu dengan pemain terkemuka dunia.

“Sudah tentu sedikit mengecewakan kerana tidak dapat bermain pada tahap seratus peratus kerana masih bergelut dengan kecederaan pada bahagian belakang.

“Saya anggap keadaan terkini saya adalah satu cabaran dan akan memilih strategi terbaik untuk menghadapi perlawanan selama empat hari ini.

“Bukan itu saja, ia akan menjadi lebih mencabar kerana saya hanya berkesempatan berlatih sebanyak dua kali di lapangan KLGCC selepas aksi kelayakan.

“Saya tidak meletakkan apa-apa sasaran, namun akan bermain dengan bijak serta akan memperbaiki teknik permainan saya.

"Paling penting, saya akan pastikan peluang beraksi buat kali pertama di sini menerusi pusingan kelayakkan, berbaloi,” kata pemain berusia 40 tahun ini.

Dalam pada itu, Rashid mengakui penyertaan tahun ini sangat bermakna buat dirinya.

“Ini akan banyak membantu saya dalam memperbaiki permainan saya.

“Saya tidak berpeluang bermain di Amerika Syarikat atau Eropah.

"Untuk menyertai kejohanan bertaraf dunia di tempat sendiri, tidak banyak peluang yang boleh diperolehi kerana bukan saja tidak banyak kejohanan berprestij tetapi ruang untuk beraksi juga terhad.

“Seperti kejohanan ini, hanya dua orang pemain yang terpilih dari sesi kelayakan dapat beraksi.

“Namun sesuatu yang bagus jika lebih ramai pemain tempatan dapat menyertai kejohanan seperti ini,” katanya.

Rashid akan bergandingan bersama Matt Jones dan Jeff Overton pasa pusingan pertama Khamis nanti.

Kejohanan yang bakal bermula pada 23 sehingga 27 Oktober di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) akan menyaksikan seramai 78 pemain bersaing dalam merebut hadiah kemenangan keseluruhan bernilai AS$7 juta (RM22.20 juta ).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan