Olahraga: Noraseela Catat Masa Terburuk, Intai Emas Di Myanmar

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas mencatatkan masa terburuk dalam acara 400 meter lari berpagar, atlet elit negara Noraseela Mohd Khalid yakin dapat menghadiahkan pingat emas jika diberi peluang bertanding pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

Catatan masa yang semakin merundum buat atlet berusia 34 tahun itu tidak menghalang beliau daripada mengintai peluang berlatih di Afrika Selatan sebelum Sukan SEA bermula dari 11 hingga 22 Dis ini.

Pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-89 di sini hari ini, Noraseela hanya mencatat masa 61.54s untuk tempat kelima, lebih buruk daripada masa 60.16s yang dicatatkan pada saringan kedua pusingan pertama Sukan Olimpik London 2012.

Noraseela, yang dalam proses pemulihan ekoran kecederaan tumit, berkata beliau akan lebih berkeyakinan untuk merebut gelaran juara jika berpeluang meneruskan latihan bersama jurulatihnya, Hennie Kriel dari Afrika Selatan.

"Mengikut keadaan memang agak sukar untuk membawa jurulatih saya ke sini, beliau ada tanggungjawab sendiri di sana (Afrika Selatan), jadi lebih baik jika saya pergi ke sana," katanya.

Katanya beliau merancang untuk ke Afrika Selatan menjalani latihan bersama jurulatihnya itu pada minggu depan kerana tidak mahu melengahkan masa melakukan persediaan untuk temasya Sukan SEA.

Noraseela berkata beliau akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan bagi memantapkan teknik dan kelajuannya dan akan membiayai sendiri kos jurulatih jika tiada sebarang penajaan.

Mengenai prestasinya yang semakin merosot, Noraseela berkata pencapaian itu berpunca daripada kurangnya latihan ekoran kecederaan yang dialaminya.

"Ini merupakan satu pertandingan yang sengit bagi saya bagi tahun ini setelah lama tak bertanding.

"Penyertaan kali ini memberikan pendedahan dan juga keyakinan kepada saya untuk kejohanan akan datang," katanya.

Noraseela, yang mencipta rekod kebangsaan acara itu dengan masa 56.02s pada 2006, memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2003 di Vietnam dengan masa 57.62s, 2009 (Laos) dengan masa 56.99s dan 57.41s pada Sukan SEA 2011 Indonesia.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan