Olahraga: Hup Wei Gagal Ke Sukan Sea Selepas Raih Tempat Ke-4

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hup Wei gagal ke Sukan Sea di Myanmar hujung tahun ini. Foto: The Star/FAIHAN GHANI
Hup Wei gagal ke Sukan Sea di Myanmar hujung tahun ini. Foto: The Star/FAIHAN GHANI

KUALA LUMPUR: Peluang atlet lompat tinggi Sukan Olimpik London 2012, Lee Hup Wei ke temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar sudah tertutup selepas gagal mengekalkan prestasi pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-89 pada Ahad.

Hup Wei, yang sekadar mampu melepasi paras 2.16m dalam kelayakan Sukan Olimpik, hanya menduduki tempat keempat dengan catatan 2.10m, jauh berbeza dengan catatan 2.20m oleh pemenang acara itu, Nauraj Singh Randhawa dan pemenang tempat ketiga S. Navin Raj dengan lomptan 2.15m.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata Hup Wei hanya akan dipilih ke Sukan SEA jika menjadi antara dua atlet terbaik dalam acara itu.

"Kita akan pilih dua atlet lompat tinggi lelaki melalui kejohanan hari ini... memang mereka sudah layak tapi hari ini mereka perlu tunjuk kebolehan mereka kekalkan prestasi untuk mewakili negara.

"Walaupun sudah melepasi had kelayakan Sukan SEA, namum kita hanya mengambil prestasi semasa atlet berkenaan," katanya.

Malaysia berjaya memungut 13 pingat emas, 19 perak dan 19 gangsa pada kejohanan itu, diikuti dengan kontinjen Thailand dengan pungutan tujuh emas, dua perak dan lima gangsa manakala Jepun berada di tempat ketiga carta pungutan pingat (empat emas, satu perak dan satu gangsa).

Mengulas mengenai kejohanan dua hari itu, Zainal Abidin berkata standard olahraga negara semakin merosot kerana beliau mengharapkan ramai atlet yang akan memecahkan rekod dan melayakkan diri ke Sukan SEA.

"Kita akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pemilihan malam ini dan atlet yang layak ke Sukan SEA mungkin akan diumumkan pada Isnin," katanya.

Beliau berkata KOM meletakkan sasaran tujuh emas di Myanmar dari 11 hingga 22 Dis ini.

Sementara itu, Hup Wei berkata beliau mengalami sakit tulang belakang ketika mahu melakukan percubaan pada ketinggian 2.15m.

"Sebelum ini saya sudah jalani latihan persediaan ke Sukan SEA namun terkandas pada kejohanan ini," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan