Siti Zulaikhaa Shaari Sedia Pikul Aspirasi Negara

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Zulaikhaa Shaari
Siti Zulaikhaa Shaari

KUALA LUMPUR: Siti Zulaikhaa Shaari, 14, seolah-olah berada di kayangan apabila diundang menyertai Kejohanan Golf Dunia Kanak-kanak Malaysia untuk kali kedua berturut-turut.

Kejayaannya menamatkan kejohanan tahun lepas dalam kelompok teratas bagi kategori perempuan berusia 13-14 tahun masih segar dalam ingatan pelajar tingkatan dua ini. Kejayaan itu jugalah yang melayakkannya ke Kejohanan Golf Eropah US Kids di Gullane Golf Club, Scotland pada Jun tahun lepas.

Dalam kejohanan berprestij itu gadis sunti ini menunjukkan kehebatan bersaing sama tinggi dengan pemain dari negara lain serta membanggakan Malaysia apabila muncul naib juara.

"Saya sungguh teruja kerana akan bersaing dengan pemain dari seluruh dunia dan berharap dapat melayakkan diri ke kejohanan antarabangsa di Eropah dan Amerika Syarikat. Sesetengah daripada mereka yang akan datang ke Malaysia merupakan kawan saya dan saya tidak sabar untuk berjumpa mereka," katanya semasa pelancaran Kejohanan Golf Dunia Kanak-kanak di sini baru-baru ini.

Mengimbas kejayaannya di Gullane, Siti Zulaikhaa berkata beliau menamatkan kejohanan tiga hari itu dengan 221 pukulan iaitu lima atas par, untuk berada di tempat kedua di belakang Emily Price dari United Kingdom yang melakukan 215 pukulan. Sebanyak 550 pemain berusia bawah 18 tahun dari 35 negara berentap di kejohanan tersebut.

Tahun ini lebih 600 pemain golf berusia antara lima dan 18 tahun dari 27 negara mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Golf Dunia Kanak-kanak Malaysia yang akan berlangsung di Pulai Spring Resorts dan Palm Resort and Country Club, di Johor itu.

Kejohanan itu merupakan versi antarabangsa kejohanan berprestij US Kids Golf yang memberi peluang kepada pemain muda bersaing di peringkat dunia dalam usaha mereka menjadi pemain profesional pada masa akan datang.

Siti Zulaikhaa mula bermain golf pada usia enam tahun dan membabitkan diri dalam kejohanan junior ketika berumur tujuh tahun. Trofi pertama beliau ialah kedudukan keempat bagi kategori bawah 8 tahun dalam kejohanan SportExcel Grand Final di Kelab Golf Rahman Putra pada 2007.

Gadis cilik ini juga memenangi trofi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor dari 2009 hingga 2012 dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia bawah 12 tahun pada 2011 selain pelbagai kejohanan tempatan lain.

Beliau juga bermain di Thailand dan Indonesia pada 2010 ketika berusia 11 tahun dan memenangi tempat ketiga di Kejohanan Junior Dunia Jakarta yang kemudian diperbaiki untuk muncul naib juara pada tahun berikutnya.

Beliau yang sebelum ini dilatih oleh bapanya Shaari Abdul Malik, menerima bimbingan pemain golf profesional tempatan Lim Siew Ai sejak Mei lepas.

Kejohanan Golf dunia Kanak-kanak Malaysia 2013 merupakan cabang US Kids Golf Foundation yang diwujudkan pada 2001. Kejohanan Dunia Golf US Kids merupakan platform bagi kanak-kanak dan keluarga bermain golf menerusi latihan dan kejohanan.

Misi utamanya ialah membantu kanak-kanak belajar bermain golf dalam suasana yang seronok sambil menggalakkan interaksi dalam kalangan anggota keluarga.

Kejohanan ini dianjurkan oleh US Kids dengan kerjasama Royal Sporting House (Malaysia) Sdn Bhd dan diurus oleh Concept Collaboration Sdn Bhd.

Kejohanan ini juga diiktiraf oleh Persatuan Golf Malaysia dan disokong oleh Malaysia Major Events di bawah Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB), iaitu agensi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Kejohanan ini juga menawarkan mata untuk ranking amatur dunia.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan