Malaysia Sasar Kelompok 10 Terbaik Kejohanan Pelayaran Dunia - Sukan Ekstra | mStar

Malaysia Sasar Kelompok 10 Terbaik Kejohanan Pelayaran Dunia

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairul Nizam Mohd Afendy
Khairul Nizam Mohd Afendy

LANGKAWI: Skuad pelayaran Malaysia menyasarkan untuk menduduki kelompok 10 terbaik pada Kejohanan Pelayaran Dunia di Qindao, Cina yang bermula 14 hingga 19 Oktober ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata harapan itu disandarkan kepada beberapa pelayar termasuk pelayar elit Khairul Nizam Mohd Afendy.

"Kami menaruh keyakinan pelayar-pelayar itu akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam persiapan Malaysia menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada Disember depan," katanya.

Beliau berkata selain Khairul Nizam, pelayar lain yang turut dipilih ialah Khairuneeta Mohd Afendy, Khairuneesa Mohd Afendy, Nor Amirah Hamid, Nor Asyikin Syed Mohd, Ku Anas Ku Zamil dan Hafizuddin Mazelan.

Mereka adalah antara 30 pelayar yang sedang menjalani latihan pusat di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi sebagai menghadapi Sukan SEA 2013.

Antara acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan itu ialah Laser Standard, Laser Radial, dan International 470.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan