Juara Bertahan Inbee Park Sedia Catat Satu Lagi Kenangan Manis Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Inbee Park dari Korea Selatan bersedia mencatat satu lagi kenangan manis dalam Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2013 yang bermula Khamis ini.

Inbee berkata sebagai juara bertahan beliau mahu mempertahankan gelarannya dan mengekalkan persembahan cemerlang musim ini yang menyaksikan beliau merangkul enam gelaran termasuk tiga gelaran utama.

"Alangkah hebatnya dapat berada di Malaysia sekali lagi dalam KLGCC. Saya mempunyai banyak kenangan indah daripada tahun lepas dan gembira berada di sini. Matlamat saya tahun ini ialah untuk memenangi anugerah pemain terbaik dunia," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara di sini Selasa.

Sambil tidak sabar-sabar menunggu hari kejohanan, juara bertahan itu berkata beliau telah menghadapi pelbagai cabaran di KLGCC termasuk cuaca, tetapi keadaan itu bukan satu masalah besar kepadanya.

"Lapangan ini amat baik keadaannya dan ia satu-satunya tempat saya paling suka. Saya akan tetap dengan rancangan yang sama seperti tahun lepas.

"Permainan menggunakan kayu golf yang pendek sangat penting kerana lapangan ini tidak terlalu panjang dan itulah yang anda perlu berikan kepada diri anda peluang mendapatkan birdie. Saya menaruh harapan untuk melakukan lebih banyak birdie."

Kejohanan, yang menawarkan hadiah US$2 juta (RM6.3 juta), akan diadakan di Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) dari 10 hingga 13 Oktober ini.

Acara LPGA akan menyaksikan 10 pemain jemputan penaja dan 62 pemain Jelajah LPGA termasuk pemain Malaysia - Ainil Johani, Aretha Pan Herng, Cindy Lee-Pridgen dan Michelle Koh, yang bersaing untuk gelaran.

Sementara itu, anggota jawatankuasa Pentadbir Yayasan Sime Darby Tan Sri Dr M. Jegathesan berkata: "Sekali lagi, ia merupakan keutamaan yayasan untuk menyokong kejohanan bertaraf dunia dan dapat membawa pemain terbaik dunia ke Kuala Lumpur.

"Kami berharap para pemain akan menikmati kejohanan ini dan ciri-ciri layanan rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan