Michelle Wie Mahu Pamer Persembahan Terbaik Pada Sime Darby LGPA Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michelle Wie (kiri) menurunkan tandatangan di atas gambar selepas selesai sesi pengenalan pemain di Kuala Lumpur, Isnin. Foto BERNAMA
Michelle Wie (kiri) menurunkan tandatangan di atas gambar selepas selesai sesi pengenalan pemain di Kuala Lumpur, Isnin. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain profesional Amerika Michelle Wie berazam memberi komitmen penuh pada kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia 2013 yang membuka tirainya Khamis ini.

"Saya akan beri yang terbaik dan 110 peratus fokus minggu ini...saya berazam untuk mencapai kemenangan padu, lebih baik daripada sebelum ini dan akan mencuba dengan lebih gigih," katanya pada sesi pertemuan dengan para pemain golf wanita dari Amerika di sini, Isnin.

Kejohanan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara dari 10 hingga 13 Oktober ini menawarkan hadiah berjumlah AS$2 juta (kira-kira RM6.3 juta).

Wie, 24, yang akan membuat penampilan kali ketiga pada Sime Darby LPGA Malaysia, berkata dia tidak mahu memikirkan tentang pemain lain dan akan memberi fokus untuk menjuarai kejohanan itu.

"Ini kali ketiga saya menyertai kejohanan ini. Iklim mempunyai peranan penting dalam mana-mana kejohanan di sini...tapi saya sudah biasa dengannya," katanya.

Wie, yang menjadi pemain profesional sejak 2005, dinobatkan sebagai juara sebanyak dua kali dan pada 2006, muncul sebagai pemain wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan kelayakan Terbuka Amerika di Turtle Bay, Hawaii ketika berusia 16 tahun.

Sepuluh jemputan penaja dan 62 pemain Jelajah LPGA, termasuk juara bertahan dan pemain nombor satu dunia Inbee Park dari Korea Selatan akan merebut trofi juara pada kejohanan kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan