Sultan Mizan Juara Kejohanan Kuda Lasak Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin muncul juara buat kali pertama Kejohanan Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan Mizan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong di sini, Ahad.

Baginda mencatat sejarah apabila berjaya merekod masa terpantas semenjak kejohanan diadakan apabila mengambil masa 6 jam 36 minit 28 saat untuk menamatkan pertandingan.

Baginda yang menunggang kuda bernama Persika Ar Gow menamatkan pertandingan sejauh 120 kilometer ini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dengan kelajuan 23.25 kilometer sejam.

Baginda memperoleh wang tunai USD5,000, piala pusingan dan piala iringan dengan mengalahkan 48 peserta lain.

Tempat kedua dimenangi Asri Abd Aziz dari Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) manakala tempat ketiga Mohd Sulaiman Muda juga dari RTES. Kategori Kuda Terbaik juga dimenangi Sultan Mizan apabila Persika Ar Gow diumum sebagai pemenang manakala kategori berkumpulan juga dimenangi kumpulan baginda iaitu RTES.

Hadiah disampaikan Sultanah Nur Zahirah dan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Asri ketika ditemui kemudiannya berkata beliau bersyukur kerana berkat latihan yang konsisten membolehkannya melalui cabaran dengan tenang dan selesa.

"Ini adalah permulaan yang baik dan saya harap akan dapat mengekalkan momentum terbaik ini untuk menyertai kejohanan akan datang di Tartas, Perancis," katanya yang membawa pulang USD3,500.

Sebagai kumpulan terbaik, RTES menerima USD5,000. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan