Boling Padang Asia Pasifik Merdeka : Malaysia Raih Satu Emas

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk menyapu bersih empat pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Boling Padang Sime Darby Asia Pasifik Merdeka kali kelapan tidak kesampaian selepas tiga pasukannya tewas kepada lawan masing-masing.

Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) dalam satu kenyataan hari berkata emas tunggal negara disumbangkan oleh Malaysia A yang menumpaskan Malaysia B menerusi acara berempat campuran pada kejohanan yang berlangsung di Bayuemas Indoor Bowl, Klang pada Ahad.

Malaysia A yang diwakili Hizlee Rais, Siti Zalina Ahmad, Noor Hashimah Ismail dan Izzat Shameer menewaskan Malaysia C yang dibarisi Fairus Abd Jabal, Emma Firyana, Zulhilmie Redzuan dan Azlina Arshad dengan kemenangan tipis 5-4.

Ketua Malaysia A, Noor Hashimah berkata beliau gambira dan lega dengan kejayaan memenangi emas walaupun sedikit kecewa selepas tewas pada perlawanan akhir beregu campuran.

"Ini kali pertama saya memasuki final untuk dua acara. Tiada tuah untuk beregu campuran namun akhirnya terubat sedikit dengan kejayaan berpasukan ini hasil bantuan rakan-rakan yang lain.

"Bagi saya, kejohanan ini medan ujian terbesar selepas hanya kembali menjalani latihan tiga bulan yang lepas. Kejayaan ini menaikkan lagi semangat saya untuk mempersiapkan diri menjelang Sukan Komanwel tahun hadapan," kata Noor Hashimah.

Terdahulu, beliau yang bergandingan bersama Izzat Shameer dalam acara beregu campuran kalah 5-9 kepada pasangan India, Dinesh Kumar dan Lovely Choubey.

Acara perseorangan lelaki dan wanita turut menyaksikan wakil negara iaitu Fairus Abd Jabal dan Noor Zafirah Khalid kecundang kepada lawan masing-masing.

Fairus tewas 11-18 kepada wakil Australia, Matthew Bavs manakala Serena Matthews dari New Zealand mengatasi Noor Zafirah dengan keputusan 18-15.

Dalam kenyataan yang sama, ketua jurulatih skuad boling padang negara, Zuraidi Puteh berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian pada edisi kali ini walaupun tiga wakil negara tewas di peringkat akhir.

"Sebenarnya, pemain-pemain saya telah bermain dengan lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas di kejohanan yang sama walaupun ketika itu kita memperoleh tiga emas.

"Pasukan ini juga hanya dikumpulkan tiga bulan yang lepas. Jadi bila mereka berjaya mara ke final dan memberikan saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan kuat di dunia seperti Australia dan New Zealand, itu sudah dikira kejayaan yang cukup besar " kata Zuraidi.

Secara keseluruhannya, Malaysia yang diwakili empat pasukan berjaya mengutip satu pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa dalam kejohanan ini.

Hadiah dan trofi kejohanan disampaikan Timbalan Presiden PLBM, Datin Seri Tengku Noor Hazah Al Haj. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan