Pelumba Basikal Terengganu Maut Dalam Nahas Jalan Raya

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini. Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

"Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti," katanya.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu'i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar van berkenaan.

Mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini.

Berikutan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun twitternya megucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asmu'i Ali.

"Al Fatihah dan takziah kepada keluarga pelumba basikal Terengganu Mohd Asmu'i Ali Awang, 19, yang maut ketika menjalani latihan di sepanjang Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada 11.30 pagi," katanya.

Timbalan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad dalam satu kenyataan turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham bagi pihak PKBM.

"Negara kehilangan seorang pelumba muda yang berbakat. Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Kami (PKBM) sangat sedih di atas kemalangan yang telah menimpa Allahyarham.

"Kami juga ingin menyarankan dan mengingatkan pelumba-pelumba basikal supaya lebih berhati-hati apabila menjalani latihan dan juga dalam pertandingan kerana risikonya amat tinggi apabila berkongsi jalan raya dengan kenderaan dan pengangkutan yang lain...termasuklah kenderaan dan motosikal yang mengiringi pasukan sendiri," kata Naim.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan