Kemalangan Maut Pelumba Bukan Kerana PLBNT Abai Soal Keselamatan - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemalangan maut melibatkan pelumba basikal Terengganu, Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, di Km71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada Rabu bukan kerana Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) mengabaikan soal keselamatan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebaliknya berkata kejadian itu adalah sesuatu yang malang dan di luar jangkaan PLBNT.

"Ada yang cadang supaya satu zon rehat khas untuk pelumba minum diwujudkan ketika mereka sedang berkayuh tetapi ia sukar dilaksanakan kerana acara berbasikal adalah berterusan.

"Cuma kita dapat keluarkan satu garis panduan supaya segala persiapan untuk keselamatan dapat dipatuhi," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian itu selepas majlis pelancaran Acara Kayuhan Berbasikal OCBC 2014, Khamis.

Mohamad Asmu'i, 20, dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, dikatakan terjatuh semasa hendak mengambil air minuman dari van pengiring sebelum dilanggar oleh van berkenaan dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Turut senada dengan Khairy ialah Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad yang menganggap kemalangan maut tersebut berpunca daripada beberapa faktor termasuk keadaan jalan raya itu.

"Malang tidak berbau dan ia sudah menjadi kelaziman kepada mana-mana pelumba berbasikal mengambil minuman daripada kenderaan pengiring. Kemalangan ini juga tidak melibatkan kenderaan lain, " katanya.

Naim, yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, menasihatkan mana-mana persatuan berbasikal negeri yang berhasrat untuk mengadakan latihan harian supaya memantau terlebih dahulu laluan yang akan digunakan selain mengutamakan soal keselamatan ketika berada di atas jalan raya.

Dalam pada itu, Khairy berkata beliau telah menghantar surat dan kini menunggu maklum balas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya berhubung keperluan mengkaji mewujudkan laluan khas untuk peminat berbasikal terutamanya di kawasan bandar.

Dengan adanya laluan khas, ia dapat mengurangkan risiko kemalangan kepada peminat berbasikal ketika berada di atas jalan raya, katanya.

Edisi ketiga berbasikal OCBC Malaysia 2014 dijadualkan berlangsung dari 17-19 Jan depan itu bakal melibatkan kira-kira 6,200 pelumba berusia seawal dua tahun.

Acara berbasikal melibatkan penyertaan beramai-ramai dan kanak-kanak itu akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur, bermula dari KLCC serta melalui beberapa mercu tanda utama seperti Kuala Lumpur Convention Centre, Menara KL, Masjid Jamek dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Acara itu terbahagi kepada 10 kategori -- The Challenge (48km), The Community Ride (24km), The Foldies Community Ride (24km), The Junior Challenge (10-12 tahun), The Kids Ride (lima hingga sembilan tahun), The Tricycle Ride (dua hingga lima tahun), Kriterium elit, Terbuka Lelaki dan Wanita serta veteran, The Ultimate Foldies Challenge (UFC) dan The Corporate Charity Challenge (48km).

Perlumbaan, yang diadakan sejak 2011 itu, ditaja OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan dianjurkan oleh Spectrum Worldwide.

Hasil kutipan perlumbaan itu akan disalurkan kepada tiga badan kebajikan iaitu Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan Yayasan Kebajikan BudiMas.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan