Giger, Davison Juara Peringkat Kedua LIMBC 2013

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Juara bertahan Fabien Giger dari pasukan Giant Pro XC Team dan Lea Davison mewakili Specialized Factory Racing Team memenangi peringkat kedua kategori lelaki dan wanita terbuka Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013 di sini.

Selepas gagal beraksi baik dalam peringkat pertama semalam, kedua-dua juara LIMBC 2012 itu mempamerkan aksi bertenaga untuk kembali bersaing dalam kejohanan yang masih mempunyai tiga pusingan sehingga Sabtu ini.

Peringkat kedua hari ini, "Langkawi East to West" melibatkan jarak sejauh 45 kilometer bermula di Taman Lagenda dan berakhir di Oriental Village.

Giger, dari Switzerland, yang mencatatkan masa satu jam 55 minit 49 saat (1:55:49) mengatasi juara peringkat pertama semalam, Emil Lindgren yang juga merupakan rakan sepasukannya.

Lindgren, pelumba dari Sweden, mencatatkan masa 1:58:14s manakala pelumba Republik Czech, Kristian Hynek yang mewakili Elettroveneta-Corratec di tempat ketiga dengan catatan masa 1:58:28s.

Walaupun sekadar kedudukan kedua pada Rabu, Lindgren berjaya merampas jersi kuning daripada pelumba pasukan BH Brsuntour KMC, Maxime Marotte selaku pendahulu keseluruhan dengan catatan masa terkumpul 4:23:00.517s.

Bagi Giger, beliau sangat gembira kerana berjaya memenangi peringkat kedua hari ini selepas mengalami kekecewaan pada cabaran semalam apabila gagal menduduki tempat 10 teratas kerana basikalnya mengalami masalah teknikal.

Katanya beliau tidak sabar untuk menyertai cabaran peringkat ketiga esok dan mahu berada di podium sekali lagi.

Bagi kategori wanita pula, pelumba Amerika Syarikat Davison muncul juara dengan catatan masa 2:19:28.437s. Tempat kedua milik pelumba pasukan Giant Pro XC Team, Maja Wloszczowska dari Poland dengan catatan 2:19:28.886s, manakala pelumba Sabine Spitz Haibike Pro Team, Adelheid Morath dari Jerman di tempat ketiga dengan catatan masa 2:23:46.779s.

Bagi Lea, hari ini merupakan hari terbaik buatnya kerana berjaya memenangi tempat pertama dan sekali gus merampas jersi merah muda daripada pelumba Calnago Sudtirol Team, Eva Lechner, selaku pendahulu keseluruhan kategori wanita terbuka dengan catatan masa keseluruhan 5:12:15.326s.

Esok, pelumba akan menghadapi cabaran peringkat ketiga sejauh 81km bermula di Oriental Village. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan