Malaysia Seri 3-3 Dengan India

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama untuk mengikat India 3-3 pada perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya pada Sabtu.

Walaupun kedua-dua pasukan akan bertemu dalam final pada pukul 8 malam esok, tetapi anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah dan Gregg Clark tetap menyajikan permainan yang menarik.

Permainan pada peringkat awal berlangsung agak hambar dengan kedua-dua pasukan mengambil sikap berhati-hati dan hanya sekali-sekali melancarkan serangan ke kawasan D.

India berjaya memperolehi gol yang pertama pada minit ke-10 menerusi jaringan Satbir Singh, selepas pukulan sudut penalti Amit Dass ditampan lemah oleh penjaga gol Malaysia Mohd Hazrul Ahmad Sobri.

Teruja dengan gol itu, India mula menggandakan serangan ke kawasan Malaysia dan pada minit ke-33, Ramandeep Singh berjaya menembusi benteng pertahanan negara dan menjaringkan gol yang menarik.

Malaysia ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Malaysia mula melakukan serangan bertali arus tetapi ketumpulan jentera serangan menggagalkan usaha mereka untuk mendapatkan jaringan.

Bagaimanapun sikap tidak berputus asa skuad negara itu dibalas apabila memperolehi pukulan sudut penalti pada minit ke-62 dan Shahril Saabah berjaya merapatkan jaringan.

Kejayaan mendapatkan gol pertama itu telah menaikkan semangat pemain Malaysia yang meningkatkan serangan dan dua minit selepas jaringan pertama, Rashid Baharom, hasil gerakan solo, di kiri pintu gawang India telah berjaya menyamakan kedudukan.

Kira-kira 5,000 penonton di stadium semakin riuh apabila pada minit ke-68, Malaysia menjaringkan gol ketiga juga daripada Shahril Saabah menerusi pukul sudut penalti.

Bagaimanapun kegembiraan peminat negara tidak tahan lama apabila seminit sebelum tamat permainan, pemain India Yousuf Affan berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan kencang melepasi kawalan Mohd Hazrul.

Pada perlawanan terdahulu, Pakistan berjaya menewaskan Argentina 4-1. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan