Dietsch & Morath Juarai Pusingan Kesembilan Siri Kejohanan UCI MTB Maraton Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelumba Bulls Team, Thomas Dietsch muncul juara kategori lelaki elit saingan basikal bukit Siri Kejohanan UCI MTB Maraton Dunia 2013-2014 di Oriental Village di sini, Sabtu.

Cabaran pusingan kesembilan siri dunia sejauh 71 kilometer itu melibatkan tiga pusingan dan Dietsch dari Perancis melakar sejarah buat dirinya apabila memenangi gelaran pertamanya dalam siri itu.

Dietsch mencatatkan masa empat jam 41 minit lapan saat (4:41:08s) untuk mengatasi pencabar terdekatnya Mardani Parviz daripada pasukan Iran di tempat kedua dengan catatan masa 4:48:32s manakala pelumba Jerman, Steffen Thum yang mewakili Team Ultra Rose Sport Racing di tempat ketiga dengan catatan 4:50:25s.

Siri dunia itu melibatkan 12 pusingan kelayakan untuk ke Kejohanan Dunia di Pietermaritzburg, Afrika Selatan pada Jun tahun depan.

Bagi Dietsch, perlumbaan yang julung kali di Langkawi dan di Asia itu merupakan perlumbaan paling mencabar yang pernah disertainya kerana keadaan trek yang sukar dan cuaca yang tidak menentu.

"Biarpun perlumbaan di sini paling sukar dan mencabar tetapi gembira untuk memenanginya. Trek di sini bukan seperti di Eropah serta licin dengan takungan air," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di Lagenda Park di sini.

Dietsch beraksi dengan penuh konsisten apabila berjaya mendominasi perlumbaan sejak pusingan kedua.

Sementara itu, Thum yang telah layak ke Kejohanan Dunia di Pietermaritzburg berkata beliau tetap berpuas hati untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas hilang dua mata di belakang Dietsch.

Sebelum pusingan kesembilan, Thum berada di ranking pertama bagi kedudukan keseluruhan daripada lapan pusingan, diikuti oleh pelumba Itali Marzio Deho (Cicli Olympia) di tempat kedua manakala Dietsch di kedudukan ketiga keseluruhan.

Bagi kategori wanita elit pula, Adelheid Morath dari Jerman yang mewakili Team Sabine Spitz Haibike muncul juara dengan catatan masa 3:07:10s.

Tempat kedua milik pelumba daripada pasukan Orange Monkey Pro Team, Mariske Strauss dari Russia dengan masa 3:19:13s manakala pelumba Vitalitas Se Team, Eszter Dosa, dari Hungary ketiga dengan catatan 3:33:38s.

Bagi Morath, beliau gembira kerana muncul juara pada penampilan sulung dalam siri dunia kali ini.

Seramai 20 pelumba dari saingan di Langkawi dan 50 pelumba teratas dalam klasifikasi keseluruhan secara automatik layak untuk beraksi di Pietermaritzburg.

Ranking individu bagi siri maraton ini adalah berdasarkan mata yang dimenangi setiap pelumba pada setiap pusingan. Seramai 40 pelumba lelaki dan 20 pelumba wanita di tangga teratas akan mendapat mata untuk menentukan kedudukan ranking dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan