Skuad Renang Sumbang Tiga Lagi Pingat Emas

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Skuad renang negara ke Temasya Sukan Perpaduan Islam Ketiga (ISG 2013) terus menjadi penyumbang terbesar pingat kepada kontinjen negara selepas meraih tiga pingat emas dan dua pingat gangsa di Pusat Akuatik Jakabaring dekat sini, Jumaat.

Pingat emas pertama bagi acara renang disumbangkan oleh perenang wanita kebangsaan, Khoo Cai Lin apabila beliau berjaya mengungguli acara 800m gaya bebas dengan catatan masa 8:53.61s.

Pingat perak bagi acara itu menjadi milik perenang Turki, Reem Kassem selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 8:59.26s manakala pingat gangsa diraih oleh perenang tuan rumah, Indonesia, Raina Saumi Ramadhani dengan catatan 9:05.46s.

Kevin Yeap menyumbang pingat emas kedua negara menerusi acara 400 meter gaya bebas lelaki selepas mendahului tujuh pesaing dengan catatan masa 3:55.11s.

Pingat perak bagi acara tersebut pula milik perenang Mesir, Elamrawy Marwan dengan catatan 3:55.34s manakala pingat gangsa diraih oleh Karap Nezir dari Turki dengan catatan masa 3:59.33s

Sebutir lagi pingat renang dari acara kolam renang disumbangkan oleh Christina Loh yang beraksi dalam acara 100m kuak lentang wanita dengan catatan masa 1:10.43s.

Pingat perak bagi acara tersebut milik Mai Mostafa dari Mesir dengan catatan 1:11.01s dan pingat gangsa juga milik Mesir apabila Nermin Balbaa menamatkan saingan dengan catatan 1:12.75s.

Sementara itu, dua pingat gangsa bagi acara renang masing-masing disumbangkan oleh Liee Jeuan Zhi menerusi acara 200m kuak kupu-kupu lelaki dan Tern Jian Han daripada acara 100m kuak lentang lelaki.

Kevin berkata beliau masih tidak percaya dapat memenangi pingat hari ini kerana tidak meletakan sasaran pingat bagi acara tersebut.

"Saya jangka hanya mampu menduduki tempat kedua atau ketiga sahaja malam ini, namun nasib menyebelahi saya," katanya kepada Bernama.

Kevin, 24, berkata saingan di ISG 2013 agak mencabar bagi beliau lebih-lebih lagi daripada perenang Turki yang tidak kurang hebatnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan