Malaysia Yakin Raih Enam Lagi Pingat Emas Di ISG Palembang

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Kejayaan kontinjen negara meraih lima pingat emas pada hari keempat Temasya Sukan Perpaduan Islam Ketiga memberi keyakinan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menambah sasaran sekurang-kurangnya enam lagi pingat emas untuk Malaysia.

Malaysia kini mengumpul lima pingat emas, tiga pingat perak dan tujuh pingat gangsa di temasya sukan yang disertai 46 buah negara Islam itu.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, sandaran pingat emas diletakkan pada acara renang dan badminton yang masih berlangsung di Kompleks Sukan Jakabaring pada Khamis.

"Kami di MSN yakin mampu menambah sekurang-kurangnya enam lagi pingat emas sebelum ISG 2013 melabuh tirai pada 1 Oktober dan atlet daripada acara sukan lain masih mempunyai masa untuk turut menyumbang pingat kepada negara," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Zolkples berkata, kejayaan negara setakat ini amat membanggakan MSN dan ia diluar jangkaan awal.

Beliau berkata, dua faktor utama kepada kejayaan itu ialah semangat bersungguh yang ditunjukkan oleh atlet negara tidak kira sama ada atlet elit mahupun atlet pelapis.

Faktor kedua ialah dalam beberapa acara sukan, tahap pertandingannya agak rendah contohnya badminton, MSN kita tidak menyangka Indonesia turut menurunkan atlet pelapis.

"Begitu juga bagi sukan renang, Koh Chai Lin berjaya meraih pingat emas menerusi acara 400 meter medley wanita yang merupakan bukan acara kegemarannya dan begitu juga dengan Yap See Tuan yang meraih pingat emas menerusi acara 200 meter kuak dada lelaki," katanya.

Zolkples berkata, dengan catatan masa itu belum tentu mereka (atlet) dapat mengesahkan pingat emas di Sukan SEA Myanmar pada Disember nanti namun penyertaan di ISG 2013 merupakan medan pendedahan terbaik untuk atlet pelapis yang baru pertama kali menyertai kejohanan peringkat dunia.

"Atlet pelapis dilihat ramai yang menyerlah di Palembang antaranya Nauraj Signh (pingat gangsa lompat bergalah), Lim Chee Wei (pingat emas karate acara kata individu lelaki) dan beberapa atlet karate dan badminton," katanya.

Pada edisi pertama di Arab Saudi tahun 2005, Malaysia menduduki tempat ketujuh daripada 57 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) setelah berjaya meraih lima pingat emas, lima pingat perak dan enam pingat gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan