Malaysia Tempah Slot Final Selepas Tumpaskan Pakistan 4-2

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Malaysia menempah slot ke final selepas menumpaskan Pakistan 4-2 untuk kemenangan keempat berturut-turut dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya di sini Khamis.

Kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah itu meletakkan Malaysia di kedudukan kedua carta enam pasukan dan berkongsi 12 mata dengan India yang berada di tempat teratas.

Pakistan kekal di tangga ketiga dengan enam mata dan sekiranya menang ke atas Argentina Sabtu ini, ianya tidak cukup untuk membawa pasukan itu ke final.

Malaysia akan melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang India Sabtu ini. Perlawanan itu dianggap sebagai misi memanaskan badan sebelum menentang semula pada final pada hari berikutnya.

India, yang turut mengekalkan rekod tanpa kalah, melaungkan amaran untuk merangkul kejuaraan itu dengan membenam Korea Selatan 6-1 pada perlawanan kedua pada Khamis.

Dalam pertemuan dengan Pakistan itu, gol perlawanan hadir apabila pemain Pakistan Muhammad Dilber membuka tirai jaringan pada minit ke-26.

Namun, Malaysia yang mendapat sokongan penonton tempatan tidak mudah mengalah dan menyamakan kedudukan apabila Mohd Zulhairi Hashim menyempurnakan pukulan sudut penalti dua minit kemudian.

Pada minit ke-40, pukulan sudut penalti Mohd Shahril Saabah yang deras gagal dihalang kemas oleh penjaga gol Pakistan Mazhar Abbas lalu bergolek masuk ke gawang untuk gol kedua Malaysia.

Bagimanapun, Muhammad Tousiq menyamakan kedudukan pada minit ke-48 melalui pukulan penalti strok.

Empat minit kemudian, Muhd Fitri Saari menyudahkan bola melantun hasil pukulan sudut penalti Shahril Saabah untuk gol ketiga Malaysia dan gol oleh Syamin Yusof pada minit ke-62 mengesahkan kemenangan Malaysia.

Sementara itu, Argentina mencatatkan kemenangan pertama selepas empat perlawanan dengan mengalahkan England 3-0. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan