Skuad Renang Lengkapkan Sasaran Tiga Pingat Emas - Sukan Ekstra | mStar

Skuad Renang Lengkapkan Sasaran Tiga Pingat Emas

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Atlet renang kebangsaan Yap See Tuan dan Yap Siew Hui melengkapkan sasaran tiga pingat emas negara pada hari kedua temasya Sukan Perpaduan Islam selepas masing-masing menyumbang satu pingat emas di Pusat Akuatik Jakabaring di sini Selasa.

Malaysia sebelum ini meletakkan sasaran tiga pingat emas iaitu dua menerusi sukan renang dan satu daripada sukan karate.

Pingat emas pertama negara disumbangkan atlet skuad karate negara Lim Chee Wei dalam acara Kata individu lelaki, Isnin.

Yap See Tuan menjuarai acara 200 meter kuak dada lelaki dengan catatan masa 2:18.16's dengan kelebihan satu saat di hadapan pemenang pingat perak, Mohamed Gadallh dari Mesir dengan catatan 2:20.17's.

Pingat gangsa bagi acara tersebut menjadi milik perenang Turki, Alpkan Ornek dengan catatan masa 2:20.89's.

Perenang kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata beliau merasa gembira dengan kejayaan hari ini dan menyifatkanya sebagai pengalaman berguna sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada pertengahan Disember ini.

"Saya tidak sangka dapat sumbang pingat emas hari ini kerana pada mulanya saya hanya membuat sasaran pingat tanpa mengira warna namun segalanya berubah dengan baik hari ini," katanya.

Beliau berharap mampu menambah sebutir lagi pingat tanpa mengira warna pada 100m kuak dada lelaki pada Rabu.

Katanya selepas ini beliau akan meneruskan latihan bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini walaupun senarai akhir atlet renang belum dikeluarkan oleh persatuan.

"Saya harap nama saya akan tersenarai untuk ke Sukan SEA nanti," katanya.

Sementara itu, Yap Siew Hui meraih pingat emas menerusi acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita dengan catatan masa 1:02.19's.

Pingat perak dan gangsa bagi acara tersebut menjadi milik perenang dari Turki, Esra Kubra Kacmaz dengan catatan masa 1:02.60s dan rakan sepasukan Ayse Yazici (1:04.02's).

Siew Hui berkata beliau tidak pernah terfikir untuk meraih pingat emas pada Selasa dan kejayaan tersebut adalah satu bonus buat dirinya.

"Saya rasa gembira kerana dapat menang hari ini dan harap dapat mengekalkan kejayaan yang sama di Myanmar nanti," katanya.

Skuad renang negara turut menyumbang dua pingat perak pada Selasa menerusi Khoo Cai Lin yang beraksi dalam acara 200m gaya bebas wanita dan Nadia Adriana Redza Goh menerusi acara 400 meter gaya bebas wanita. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan