Malaysia Tawar Diri Tuan Rumah Bola Baling Piala Dunia 2015

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menawarkan diri menjadi tuan rumah kejohanan bola baling Piala Dunia 2015, kata Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM), Pandak Ahmad.

Beliau berkata, hasrat Malaysia menjadi hos kejohanan bola baling berprestij itu akan dimaklumkan pada Kongres Bola Baling Sedunia di Qatar pada 22 hingga 28 OktOBER ini.

"Sebelum ini, kita sudah menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2015 semasa mesyuarat Bola Baling Sedunia di Barcelona (Sepanyol) pada Februari lepas.

"Pada Kongres Bola Baling Sedunia di Qatar, kita akan maklumkan secara rasmi hasrat Malaysia itu (menjadi tuan rumah Piala Dunia 2015)," katanya kepada Bernama di sini.

Pandak berkata, bagi meningkatkan populariti sukan bola baling di negara ini, PBBM juga berhasrat menawarkan diri sebagai tuan rumah kejohanan bola baling Piala Asia 2014.

Dalam perkembangan lain, Pandak mengekalkan jawatan sebagai Presiden PBBM buat penggal kedua berturut-turut selepas menang tanpa bertanding pada mesyuarat agung badan induk itu, Sabtu lepas.

Jawatan Timbalan Presiden PBBM pula disandang muka baru iaitu Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Baling Melaka, Zulkifli Ishak yang turut menang tanpa bertanding.

Tiga naib presiden PBBM bagi penggal 2013-2015 pula ialah Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Baling Perlis, Mohd Hafeez Zainuddin yang mengekalkan jawatannya itu.

Dua muka baru sebagai Naib Presiden PBBM ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Baling Pahang, Ridzuan Jamaluddin dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Baling Terengganu, Hasri Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan