Sukan Perpaduan: Chee Wei Sumbang Pingat Emas Pertama Negara

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Lim Chee Wei
Lim Chee Wei

PALEMBANG: Atlet karate negara, Lim Chee Wei berjaya menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara kata individu lelaki pada hari pertama Temasya Sukan Perpaduan Islam (TSPI) di Sriwijaya Promotion Center dekat sini pada Isnin.

Lim menarik perhatian juri apabila berjaya mengutip lima mata penuh setelah mengatasi atlet dari Algeria, Djaafer Islam yang meraih pingat perak.

Pingat gangsa bagi acara tersebut pula dikongsi bersama atlet dari Turki, Mehmet Yakan dan Ibrahim Magdy Moussa Aly Hassanin Ahmed dari Mesir.

"Saya rasa begitu tertuja dengan kemenangan ini dan tidak percaya mampu menjadi penyumbang pingat emas pertama negara.

"Diharap dengan kejayaan ini dapat menambah sedikit semangat kepada rakan sepasukan lain untuk turut memyumbang pingat kepada kontinjen negara," katanya.

Atlet berasal dari Pulau Pinang itu berkata pada mulanya beliau kurang yakin dengan keupayaan diri setelah diberi kepercayaan untuk menggantikan tempat rakan sepasukanya Ricky Leong Tze Wai yang terpaksa menarik diri.

Ricky terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan serius pada bahagian tapak tangan kiri ketika menjalani latihan bersama Lim pagi semalam (Ahad).

Lim berkata beliau menghadiahkan kemenangan tersebut kepada Ricky dan harap rakannya segera pulih.

"Pingat emas yang saya menang hari ini bukan milik saya sebaliknya milik semua rakyat Malaysia," katanya.

Lim berkata fokus beliau selepas ini adalah untuk melakukan persiapan akhir bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada Disember.

Sementara itu, atlet pelapis karate wanita, Celine Lee Xin Yin pula meraih pingat gangsa menerusi acara kata wanita individu.

Turut berkongsi pingat gangsa bagi acara tersebut ialah atlet Indonesia, Yulianti Safrudin.

Pingat emas bagi acara tersebut menjadi milik Mahsa Afsaneh dari Iran, Manakala pingat perak diraih oleh atlet Turki, Bigem Giroglu.

Celine berkata walaupun gembira dapat menyumbang pingat gangsa beliau tidak berpuashati dengan persembahannya hari ini.

"Saya sepatutnya mampu melakukan aksi yang lebih baik dan memenangi pingat yang lebih bagus," katanya.

Atlet berasal dari Pulau Pinang itu berkata beliau akan cuba memperbaiki teknik persembahan bagi memastikan benar-benar bersedia untuk menghadapi Temasya Sukan SEA di Myanmar nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan