Sukan Perpaduan Islam: Malaysia Harap Tuan Rumah Segera Selesai Isu Penginapan Atlet

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Perpaduan Islam, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berharap pihak penganjur dapat menyelesaikan segera masalah penginapan atlet di perkampungan sukan di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, Indonesia.

Beliau berkata kontinjen negara memahami masalah yang dihadapi pihak penganjur kerana diberi hanya tempoh dua bulan untuk membuat persiapan setelah penganjuran sukan tersebut dipindahkan dari Kepulauan Riau ke Palembang, di sini.

"Saya akan bangkitkan masalah penginapan atlet pada mesyuarat ketua kontinjen esok kerana isu ini perlu segera diselesaikan agar ia tidak menjejaskan atlet yang akan mula bertanding esok," katanya kepada Bernama Ahad.

Megat Zulkarnain berkata terdapat atlet yang terpaksa berkongsi lima orang sebilik dan ia terlalu padat.

"Kalau boleh kita tidak mahu atlet duduk terlalu padat kerana mereka pasti tidak selesa dan seterusnya tidak dapat memberi fokus kepada pertandingan," katanya.

Jelas beliau, masalah penginapan timbul apabila terdapat dalam kalangan atlet daripada sukan bola sepak dan bola keranjang yang telah tamat acara, tidak mahu mengosongkan bilik mereka dan pulang ke negara masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan