Skuad Hoki Remaja Tewaskan Argentina 4-2

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Skuad hoki remaja kebangsaan beraksi cemerlang apabila menewaskan Argentina 4-2 pada perlawanan hari pertama kejohanan hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya di sini malam Ahad.

Skuad bimbingan Mohd Dharma Raj Abdullah itu tenyata tidak menunggu lama untuk membolosi gawang lawan apabila Muhd Shahril Saabah yang mencipta hatrik malam ini menjaringkan gol seawal minit ketujuh.

Gol pertama dihasilkan daripada pukulan penalti oleh Muhammad Firhan Ashari yang disambut dengan tolakan kencang Muhd Shahril sekaligus menewaskan penjaga gol lawan Tomas Matias Santiago.

Pasukan negara sekali lagi mendapat peluang menambah jaringan pada minit ke-11 apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti, namun pukulan oleh Mohd Izad Hakimi Jamaluddin tersasar, membolehkan Argentina menarik nafas lega.

Argentina menyamakan kedudukan apabila pukulan keras oleh Lionel Federico dari luar kotak D tertampan kayu hoki pemain negara G Kavin Kartik pada minit ke-18.

Muhd Sharil sekali lagi menjadi wira negara apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-23 hasil pukulan sudut penalti oleh Faiz Helmi Jalil sebelum separuh masa pertama tamat.

Dua lagi lagi gol pasukan negara diperoleh pada minit ke-39 oleh Muhd Sharil diikuti gol kemenangan pada minit ke-48 hasil tolakan mudah Muhd Rashid Baharom ke arah gawang lawan yang tidak diawasi.

Di saat-saat akhir perlawanan, Argentina cuba merapatkan jurang gol apabila pemainnya Isidoro Ibarra menjaringkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-64.

Terdahulu pada perlawanan pembukaan petang ini, Pakistan menewaskan Korea Selatan 3-0, manakala tuan rumah Piala Dunia Remaja 2013, India menewaskan England 2-1. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan