Malaysia Sasar Empat Emas Acara Silat Sukan SEA Myanmar

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Malaysia meletakkan sasaran memenangi empat pingat emas dalam acara silat pada temasya Sukan SEA Ke-27 di Myanmar, Disember ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya, sasaran berkenaan berdasarkan hasil kajian dan laporan daripada Majlis Sukan Negara serta beberapa faktor lain seperti prestasi pesilat negara di kejohanan dalam dan luar negara.

"Silat memberikan harapan cerah bagi kontigen Malaysia pada Sukan SEA akhir tahun ini dan mampu sumbang pingat emas, ini cabaran yang saya percaya dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penutupan Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa 2013 Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-4 di Bandar hilir di sini, malam Jumaat.

Kejohanan lima hari berakhir semalam itu disertai lebih 700 peserta tempatan dan luar negara. Pasukan Malaysia A muncul juara kategori antarabangsa manakala Kolej Komuniti Pahang menjuarai kategori institusi pengajian tinggi.

Pada Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang pada 2011, Malaysia merangkul tiga emas dalam acara silat.

Sementara itu, Khairy berkata kementeriannya sedang mengkaji untuk memperkenalkan silat kepada pelajar sekolah pada usia muda bagi menyemai semangat cintakan seni warisan Melayu itu dan memupuk disiplin dalam kalangan generasi muda.

"Usaha ini memastikan silat sentiasa kekal sebagai warisan rakyat Malaysia dan medium memupuk jati diri bangsa Melayu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan