36 Peserta Terjun Base Dari 14 Negara Sertai Pesta Terjun Base Di Sibu

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Sekumpulan 36 peserta terjun BASE dan penasihat teknikal mereka dari 14 negara kini berada di sini untuk menyertai pesta terjun BASE selama tiga hari bermula Jumaat.

Mereka adalah peserta dari Australia, Austria, Perancis, New Zealand, Sweden, Malaysia dan Amerika Syarikat yang menghantar 16 peserta terjun termasuk peserta wanita tunggal, Kat Donahue, 32.

Kumpulan itu memulakan terjunan dari Wisma Sanyan, bangunan 27 tingkat setinggi 412 kaki yang merupakan bangunan tertinggi di Sarawak, kira-kira 9 pagi Jumaat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Datuk Seri Wong Soon Koh adalah antara yang menyaksikan sesi terjunan pertama itu.

Terdahulu, penerjun turut dipersembahkan upacara 'Miring' iaitu upacara tradisional dan kesyukuran kaum Iban untuk memohon keselamatan kesemua penerjun.

Antara penerjun itu ialah peserta berumur 48 tahun dari Amerika, Lonnie Bissonnette.

Sungguhpun lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa berkerusi roda selepas kemalangan berikutan aktiviti terjunan dari Perrine Bridge di Idaho, sembilan tahun lepas, beliau masih penuh bersemangat menyertai sukan ekstreme.

"Saya telah melakukan 1,050 terjunan sejak 19 tahun lepas. saya tidak akan berhenti meskipun berkeadaan begini.

"Saya mungkin tidak melakukan sebarang terjunan di Sibu tetapi saya sedia berbuat demikian dalam acara seterusnya di Kuala Lumpur," katanya kepada media.

Beliau berkata, setiap sukan ekstreme mempunyai bahaya sendiri namun ia boleh dihadkan sekira seseorang itu menilai situasi dan bahaya itu terlebih dahulu.

"Jika bukan disebabkan acara terjun BASE, saya tidak berpeluang melihat lebih banyak negara di dunia seperti yang saya lakukan sekarang," katanya.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Wong berharap acara sukan berkenaan, yang memasuki edisi kelima di sini, akan mempromosikan bandar ini ke seluruh dunia.

Peserta termuda ialah Theo Gagliardini, 23, manakala yang paling tua pula ialah Yves Ecudier, 62, dari Perancis. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan