Perak Umum RM50,000 Imbuhan Skuad Juara Hoki Divisyen 1 Piala Tun Razak

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan negeri Perak pada Rabu mengumumkan pemberian RM50,000 sebagai insentif kemenangan kepada pasukan hoki negeri yang menjuarai Piala Tun Razak selepas perlawanan akhir yang berlangsung di Kuantan, Pahang, Ahad lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemberian untuk pemain dan pegawai itu sebagai menghargai usaha mereka yang membuahkan kejayaan sekali gus mengharumkan nama Perak di persada hoki negara.

"Ia sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri untuk kesemua pemain dan pegawai, sementara itu untuk Persatuan Hoki Perak, kami akan fikirkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat pasukan itu di pejabatnya di sini Rabu.

Ahad lepas, Perak muncul juara Divisyen 1 Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-51 selepas menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Indera Mahkota Kuantan.

Gol Perak disumbangkan oleh Muhammad Najib Abu Hassan, Hafifi Hafiz Hanafi yang juga dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Mohammed Noor Khairul Azrain.

Kejayaan Perak itu mengulangi pencapaian sebagai juara kali terakhir diraih pada 1993.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Perak Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata sudah tentu hadiah daripada kerajaan negeri hari ini sesuatu yang menggembirakan terutama bagi pemain dan pegawai pasukan.

"Piala Tun Abdul Razak merupakan piala premier dalam arena hoki negara, ini adalah pembakar semangat kepada pemain dan pegawai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan