Khairul Anuar Lakar Sejarah Layak Ke Kejohanan Memanah Piala Dunia

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemanah Olimpik negara, Khairul Anuar Mohamad, melakar sejarah apabila muncul atlet pertama Malaysia layak beraksi di Kejohanan Memanah Pusingan Akhir Piala Dunia di Paris pada 21-22 Sept.

Beliau mengesahkan tempat untuk beraksi dalam acara recurve apabila mengumpul 25 mata menerusi tiga Kejohanan Siri Dunia tahun ini, untuk berada pada kedudukan ketujuh daripada lapan pemanah yang layak menyertai kejohanan berprestij itu.

Turut layak menyertai acara itu ialah dua pemanah Korea Selatan, Oh Jin Hyek dan Lee Seungyun; Dai Xiaoxiang dan Zhang Jianping (China); Nespoli Mauro (Itali) dan Brady Ellison (Amerika Syarikat).

Khairul Anuar, yang akan menyambut hari kelahiran ke-22 pada 22 Sept ini, dijadual menentang pemanah kedua terbaik dunia, Lee Seungyun pada pusingan pertama.

Ketika ditemui pemberita di Majlis Sukan Negara di sini hari ini beliau berkata: "Saya pernah lawan pemenang pingat emas Olimpik, Oh Jin Hyek namun belum pernah menentang Lee Seungyun. Apa pun saya akan memberi saingan hebat kepada beliau (Lee Seungyun).

"Dalam memanah, kita tidak boleh jangka kerana atlet yang berada pada kedudukan kelapan, misalnya, juga berpotensi mengalahkan atlet nombor satu dunia," kata atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu.

Khairul Anuar berkata beliau tidak mahu meletakkan sasaran pingat kerana bimbang ia akan menjejaskan konsentrasinya, namun bertekad memberi fokus sepenuhnya pada pertandingan itu.

"Namun, pingat emas tetap menjadi harapan saya tetapi ini bukannya mudah. Pada masa ini, saya harap dapat melepasi hingga ke pusingan separuh akhir," katanya.

Dalam pada itu, Khairul Anuar berharap dapat mengatasi kelemahan terutama apabila memperoleh mata yang sama dengan pihak lawan.

"Kesilapan yang selalu saya buat...ketika pihak lawan memperoleh mata hampir sama, rentak bidikan saya akan terganggu. Saya harap perkara itu tidak berlaku semasa hari pertandingan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan