Harrif Mula Temui Rentak Pada Jelajah China

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari mengerah tenaga, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh, yang mewakili pasukan Malaysia, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila menduduki tempat ke-14 pada perlumbaan peringkat ketiga Jelajah China 2013 di Chengdu Phengzhou, Selasa.

Dalam perlumbaan sejauh 151 km itu, pakar pecut TSG berbadan tegap kelahiran Kuala Terengganu itu mencatat masa 3 jam 30 minit 10 saat untuk berada dalam kelompok 15 terbaik buat kali pertama sejak tampil pada jelajah berkenaan.

Tonggak ASC Dukla Praha, Alois Kankovsky muncul pemenang perlumbaan itu manakala Daniel Biedermann dari pasukan Team Vorarlberg menduduki tempat kedua sementara pelumba Team Novo Nordisk, Andrea Peron di tangga ketiga, dengan masing-masing mencatat masa sama (3:30:10s).

Pelumba negara, Muhammad Rauf Nur Misbah mengisi posisi ke-46, Suhardi Hassan (49), Mohd Fauzan Ahmad Lufti (52), Amir Mustafa Rusli (104) dan Mohd Shahrul Mat Amin (110), dengan kesemua mereka turut merakam masa yang sama (3:30:10s).

Anuar Manan, seorang lagi pelumba Malaysia yang mewakili kelab benua Azerbaijan, Baku Synergy Cycling Project yang sudah mengecapi kemenangan podium pada perlumbaan peringkat kedua dua hari lepas pula menduduki tempat ke-15.

Pelumba La Pomme-Marsaille, Benjamin Giraud kekal menyarung jersi kuning selaku pelumba individu keseluruhan terbaik dengan catatan 10:01:47s manakala pasukan Malaysia terus menghuni tempat ke-17 kategori berpasukan keseluruhan.

Muhammad Rauf kekal selaku pelumba terbaik dalam skuad lebuh raya Malaysia apabila menduduki tempat ke-29 individu keseluruhan selepas berakhir perlumbaan peringkat ketiga, ketinggalan 13 saat di belakang pemenang jersi kuning.

Sementara itu, Mohd Harrif dalam kenyataan pada Rabu berkata beliau belum berpuas hati selagi tidak mengecapi kemenangan podium pada kejohanan berkenaan.

"Saya amat berharap untuk menaiki podium. Saya yakin sasaran itu mampu direalisasikan hasil bantuan rakan sepasukan.

Bagaimanapun, baki perlumbaan selepas ini pasti mencabar kerana berbukit," katanya.

Ketua jurulatih negara, Aminuddin Sulaiman kini menyasarkan sekurang-kurangnya satu kemenangan podium mampu dijelmakan pasukan Malaysia pada jelajah itu bagi memperkukuh keyakinan menjelang Sukan SEA 2013 di Naypyitaw, Myanmar pada Disember.

"Saya rasakan Mamat (Mohd Harrif) telah pun mendapat rentak kayuhan cemerlang. Dia sepatutnya mampu meraih keputusan cemerlang pada perlumbaan peringkat kedua. Bagaimanapun dia tersilap percaturan.

"Bagaimanapun, hari ini (semalam) dia berjaya memasuki kelompok 15 teratas. Tapi perlu diingatkan perlumbaan peringkat keempat adalah sangat getir kerana menampilkan dua bukit yang sangat berbahaya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan