Syarikat Korporat Perlu Tampil Sokong Belia Berpotensi Dalam Sukan - Saravanan

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengajak syarikat korporat bersama-sama kerajaan tampil memberi sokongan kepada belia berpotensi dalam sukan ke arah melahirkan atlet berbakat bagi perkembangan sukan negara.

Timbalan menterinya, Datuk M. Saravanan berkata, KBS bersedia bekerjasama dengan syarikat korporat itu memberikan sokongan dalam bentuk didikan dan kewangan kepada para belia berpotensi.

"Kita memang menggalakkan syarikat korporat bantu kita dalam lahirkan atlet cemerlang. Mereka (atlet) perlu diberikan sokongan untuk mengembangkan bakat mereka.

"Menjadi juara pada larian amal semata-mata tanpa sebarang tindakan lanjutan oleh pihak tertentu merugikan negara dalam melahirkan atlet termasuk bakat atlet itu sendiri disia-siakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Larian Hari Olimpik McDonald's 2013 di Dataran Merdeka, di sini, Ahad.

Sempena menyambut Hari Malaysia pada Isnin, kira-kira 15,000 rakyat Malaysia menyertai acara tahunan buat kali kesepuluh yang dianjurkan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA).

Turut hadir pada acara larian itu ialah presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar.

"Larian tahun ini diadakan sehari sebelum sambutan Hari Malaysia. Jadi rakyat Malaysia dapat berkumpul menampilkan semangat persahabatan yang sinonim dengan Sukan Olimpik serta menghubungkan masyarakat di negara ini," kata pengarah urusan McDonald's Malaysia, Stephen Chew.

Bagi menambah cabaran larian tahunan itu, laluan sejauh 10km diperkenalkan bersama-sama laluan 7km, 5km dan 3km dengan hadiah terkumpul berjumlah RM17,975, pingat, sijil dan hamper merangkumi keseluruhan 13 kategori yang dipertandingkan.

Lebih menarik, larian kali ini turut menyaksikan penyertaan 1,000 pelari kategori keluarga dan 3,000 peserta kategori kumpulan yang menggalakkan kerjasama berpasukan dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Sementara itu, Tunku Imran berkata, sempena menyambut 60 tahun penubuhan MOM tahun depan, beliau berharap Larian Hari Olimpik itu akan dianjurkan di setiap negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan