K.Lumpur Dan Perak Penentu Juara Divisyen 1

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kuala Lumpur dan Perak mara ke perlawanan akhir Divisyen 1 selepas melepasi halangan peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Razak di sini, Jumaat.

Kuala Lumpur, yang memburu gelaran ke-20, berjaya layak ke final selepas mengalahkan Negeri Sembilan 4-2 manakala Perak pula mengetepikan cabaran Melaka 3-2.

Dalam perlawanan separuh akhir itu, Negeri Sembilan mula mengejutkan Kuala Lumpur dengan mengegarkan gol pembukaan pada minit ke-17 hasil jaringan padang Dangerous Lee.

Bagaimanapun semangat lawan yang ditunjukkan pemain Kuala Lumpur berjaya menjaringkan tiga gol berturut-turut hasil jaringan Nor Syafiq Sumantri pada minit ke-13 diikuti S. Selvaraju (30') dan Nabil Fiqri Mohd Noor (31') untuk mendahului 3-1.

Separuh masa kedua, Negeri Sembilan cuba memberi tentangan dengan menambah satu lagi gol hasil jaringan padang Mohamad Zabad Rosly pada minit ke-41 sebelum Kuala Lumpur menamatkan saingan dengan tambahan gol seminit kemudian melalui jaringan padang Harvinder Singh.

Dalam pertemuan Perak dengan Melaka, pasukan Perak mendahului 2-0 melalui jaringan Azlan Misron pada minit ke-14 dan Azril Misron minit ke-21.

Melaka kemudian bangkit dengan merapatkan jurang gol pada minit ke-34 hasil jaringan Muhammad Aminuddin Mohd Zin.

Namun Perak kembali menjarakkan kedudukan minit ke-50 melalui jaringan Mohamad Sabri Mohamad sebelum Melaka merapatkan jurang menerusi gol padang oleh B. Namasivayam pada ke-69.

Sementara itu, Pahang dan Pulau Pinang pula berjaya merebut tempat untuk perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam Divisyen 1 selepas menewaskan Terengganu dan Johor dalam perlawanan penentuan tempat.

Dalam perlawanan penentuan itu, Pahang mengalahkan juara bertahan Terengganu 3-2 menerusi pukulan penalti selepas terikat 1-1 sepenuh masa manakala Pulau Pinang mengalahkan Johor 5-3.

Jadual perlawanan esok :

Divisyen 1 Pahang mln Pulau Pinang (tempat 5/6) Johor mln Terengganu (tempat 7/8) Divisyen 2 PDRM mln Perlis (tempat 3/4) Sabah mln Kedah (tempat 5/6) - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan