Iktiraf Jasa Pengulas Sukan - Rosmah - Sukan Ekstra | mStar

Iktiraf Jasa Pengulas Sukan - Rosmah

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (dua kanan) melihat kandungan buku
Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (dua kanan) melihat kandungan buku "Galeri Selebriti Sukan RTM" yang baru dilancarkan, Jumaat. Turut sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (dua kiri) dan Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi RTM, Datuk Mustafa Kamal A. Razak (kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jasa pengulas sukan dalam menaikkan populariti sukan dan menjulang nama atlet-atlet tanah air perlu dihargai dan diiktiraf, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah berkata tanpa disedari pengulas sukan juga merupakan wira-wira di belakang tabir yang menjadi tulang belakang dalam memajukan industri sukan negara selain daripada atlet-atlet di negara ini.

"Pengulasan yang mantap disulami fakta-fakta mengenai sukan tersebut yang mendalam akan menghiasi siaran perlawanan sukan dan dapat menarik perhatian rakyat untuk memberikan sokongan kepada sukan tanah air.

"Ia juga memerlukan penguasaan sepenuhnya tentang sesuatu sukan yang menjadikan ulasan tersebut menarik dan tepat,"kata Rosmah dalam ucapannya ketika menyempurnakan pelancaran 'Buku Galeri Selebriti Sukan RTM' di sini, Jumaat.

Buku terbitan Kelab Sukan dan Rekreasi RTM itu diterbitkan sebagai tanda penghormatan serta pengiktirafan terhadap tokoh dan ikon pengulas sukan tanah air seperti Datuk Rahim Razali dan Datuk Hasbullah Awang. Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhayati Ismail. Rosmah berkata penerbitan buku tersebut juga dilihat dapat melonjakkan nilai karier pengulas sukan tanah air.

"Jika dahulunya ia dilihat sebagai kerjaya yang tidak diberi perhatian, mungkin selepas ini ia boleh dilihat sebagai kerjaya profesional yang mampu menjana pendapatan lumayan setaraf pengulas sukan di luar negara," katanya.

Dalam pada itu, Rosmah juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Harimau Muda A yang berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka menentang Myanmar esok.

Sementara itu, Jailani dalam ucapannya berkata penerbitan buku tersebut boleh menjadi rujukan kepada generasi muda dan menarik minat mereka untuk menjadi pengulas sukan.

Pada pelancaran tersebut, Rosmah turut menyampaikan buku tersebut kepada 10 pengulas sukan RTM termasuk Rahim, Hasbullah, Datin Marina Chin, Abdullah Hashim dan Nurul Alis. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan