ISN Ajak Persatuan Sukan Bincang Perancangan Pembangunan Atlet

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) mengajak semua persatuan sukan kebangsaan untuk duduk berbincang mengenai rancangan pembangunan atlet mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ini bagi membolehkan pihaknya melihat perancangan yang ditetapkan termasuk sasaran yang ingin dicapai.

"Kita akan rancang serta buat pemantauan ke arah kejayaan persatuan sukan serta menjelaskan apa-apa keperluan khusus untuk capai kejayaan," katanya pada sidang media di sini hari ini sempena ulang tahun kedua ISN sebagai badan berkanun pada 16 September ini.

Dr Ramlan menarik perhatian bahawa untuk berjaya, atlet bukan sahaja perlu menjalani latihan dengan gigih bahkan harus menghindari gangguan luar yang boleh memberi kesan negatif terhadap mutu persembahan mereka. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ISN , Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan