Bach Dipilih Presiden Baru OIC

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil negara Jerman Thomas Bach dipilih sebagai presiden kesembilan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Selasa.

Menurut laman web rasmi IOC, www.olympic.org, Bach dipilih dari kalangan beberapa calon Sergey Bubka (Ukraine), Richard Carrion (Puerto Rico), Ser Miang Ng (Singapura), Denis Oswald (Switzerland) dan Ching-kuo Wu (China Taipei).

Bach menggantikan Jacques Rogge, yang penggal perkhidmatannya selama 12 tahun secara rasmi berakhir pada penutup sesi IOC Ke-125 di Buenos Aires, Argentina, Selasa.

Presiden IOC dipilih oleh para anggota IOC melalui pengundian rahsia untuk penggal lapan tahun dengan kemungkinan dipilih semula bagi penggal kedua selama empat tahun.

Bach dalam ucapan kemenangannya berkata: "Saya mahu memimpin IOC mengikut motto saya 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian'.

"Saya mahu menjadi seorang presiden untuk semua. Ini bermakna saya akan melakukan yang terbaik untuk menyeimbangkan semua kehendak pemegang kepentingan dalam pergerakan Olimpik ini. "Ini benar-benar menunjukkan kepercayaan dan keyakinan besar (dilantik sebagai presiden baharu IOC) ... saya sedar akan tanggungjawab besar sebagai presiden IOC. Ini membuatkan saya merasa rendah hati kerana dipilih.

Pada hari terakhir sesi IOC ke-125, angota IOC turut mengundi memilih anggota Lembaga Eksekutif badan itu yang termasuk empat naib presiden dan 10 anggota melalui pengundian rahsia untuk penggal empat tahun.

Anita L. DeFrantz menggantikan John Coates yang dipilih naib presiden baharu. Jawatan naib presiden dikosongkan oleh Ser Miang Ng yang penggal perkhidmatannya tamat hari ini.

Selain DeFrantz, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar dan Richard W. Pound adalah antara calon bagi jawatan naib presiden. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Thomas Bach , (IOC) , Sergey Bubka

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan