IOC Pilih Tokyo Tuan Rumah Sukan Olimpik 2020

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu negara Jepun, Tokyo, dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020, Sabtu.

Menurut laman web rasmi IOC, www.olympic.org, Tokyo dipilih selepas menewaskan dua ibu kota lain, Istanbul dan Madrid, selepas dua pusingan pengundian sempena Sesi OIC ke-125 di Buenos Aires, Argentina.

Tokyo yang sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 1964 dan membuat tawaran untuk Sukan Olimpik 2016, menerima 60 undi berbanding Istanbul yang mendapat 36 undi pada pusingan akhir manakala Madrid tersingkir dalam pusingan pertama selepas terikat dengan Istanbul.

"Tahniah kepada bandar raya Tokyo berhubung pemilihannya sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020," kata Presiden OIC Jacques Rogge, yang akan menamatkan jawatan selama 12 tahun itu pada 10 September ini.

"Tokyo membentangkan tawaran teknikal paling kukuh dari awal dan ia bersaing dengan tawaran berkaliber tinggi dari Istanbul dan Madrid. Kesemua tiga bandar raya ini berkemampuan menganjurkan Sukan Olimpik yang cemerlang pada 2020, tetapi tawaran Tokyo yang mendapat perhatian anggota OIC," kata Rogge.

Selepas pemilihan Tokyo sebagai bandar raya tuan rumah Sukan Olimpik 2020, Sesi OIC bersedia membuat satu lagi keputusan penting hari ini untuk menentukan komposisi program Olimpik 2020.

Dua undian dijadualkan - yang pertama bagi 25 sukan teras untuk program Olimpik 2020 dan kedua kemungkinan kemasukan sukan tambahan bagi edisi Sukan Olimpik 2020 dan 2024, kedua-duanya berdasarkan cadangan Lembaga Eksekutif OIC.

Besbol/sofbal, skuasy dan gusti disenarai pendek untuk pemilihan oleh Sesi pada Mei berikutan penilaian menyeluruh oleh Suruhanjaya Program Olimpik.

Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David antara wakil Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), yang berkempen meraih sokongan dunia bagi membolehkan skuasy dipilih pada Olimpik 2020. Bagaimanapun, Nicol tidak berada di Buenos Aires untuk bersama-sama wakil WSF mendengar keputusan akhir itu.

Keputusan mengenai sukan teras dijangka sekitar 10.15 pagi waktu tempatan (9.15 malam waktu Malaysia) manakala undian kemungkinan kemasukan sukan tambahan itu dijadual pada tengah hari (11 malam waktu Malaysia). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: IOC , Tokyo , Sukan Olimpik 2020

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan