Sarawak Tuan Rumah Sukma 2016 - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini dipilih secara rasmi sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 pada 2016, demikian diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pemilihan Sarawak, yang kali terakhir sebagai tuan rumah temasya itu pada 1990, dipersetujui sebulat suara anggota jawatankuasa tertinggi Sukma.

"Saya galakkan Sarawak sebagai tuan rumah (Sukma) kerana kemungkinan besar Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017...tertakluk kepada keputusan jemaah menteri.

"...dan seperti diarahkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), beberapa acara akan dianjurkan di Sabah dan Sarawak pada Sukan SEA 2017.

"Sarawak juga sudah membuat pelaburan besar bagi pembangunan sukan di negeri itu. Selaku penganjur pada 2016, Sarawak akan menggunakan peruntukan kerajaan negeri itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukma di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Selasa.

airy berkata lazimnya, kos penganjuran Sukma akan ditanggung kerajaan persekutuan bagi pembangunan dan menaik taraf beberapa venue di negeri yang dipilih sebagai tuan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata penganjuran Sukma 2014 di Perlis dijangka melibatkan perbelanjaan sebanyak RM130 juta merangkumi kemudahan dan pembinaan infrastruktur di negeri berkenaan.

"Persiapan Sukma Perlis berjalan mengikut jadual termasuk pembinaan dan naik taraf venue pertandingan," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata pihaknya telah membuat beberapa pindaan terhadap peraturan am Sukma, antaranya berhubung pendaftaran atlet serta ujian alkohol ke atas semua atlet.

"Pindaan adalah bagi memastikan perjalanan Sukma dapat dibuat tanpa gangguan dari segi pendaftaran atlet. Atlet yang mahu didaftarkan dengan negeri lain perlu mendapat persetujuan dari negeri asal mereka.

"Selain itu ujian doping dan ujian pengambilan alkohol turut dijalankan pada Sukma akan datang berikutan pengalaman sebelum ini yang mana pengambilan minuman keras telah mengakibatkan berlakunya perbuatan jenayah," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan