Malaysia Gagal Ulangi Pencapaian Terbaik Piala Asia 2013

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia gagal mengulangi pencapaian terbaik tempat ketiga pada edisi 2007 apabila kalah 3-1 kepada Pakistan dalam perlawanan merebut tempat ketiga pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di sini, Ahad.

Selain gagal menepati sasaran ke final, skuad bimbangan Paul Revington itu juga gagal menebus kekecewaan perit 4-1 kepada Pakistan pada perlawanan peringkat kumpulan A, Ahad lepas.

Malaysia, yang bermula garang beraksi dalam hujan gagal menguna peluang yang terhidang apabila tolakan yang dilakukan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim pada seawal minit pertama terkena palang gol.

Gol pertama negara hanya hadir pada minit ke-34 hasil gol padang yang dijaringkan oleh penyerang berbisa negara, Faizal Saari.

Kegembiraan skuad negara hanya bertahan seminit sahaja apabila Pakistan menyamakan kedudukan menerusi gol padang oleh Abdul Haseem Khan.

Pada babak kedua, Malaysia cuba melakukan gerakan bahaya serta beberapa percubaan ke kubu lawan namun gagal membolosi benteng pertahanan Pakistan yang bertindak cemerlang untuk menafikan peluang.

Bagaimanapun, Pakistan melancarkan gerakan kilat pada lima minit terakhir perlawanan untuk menjaringkan dua gol menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Imran pada minit ke-54 dan dua minit kemudian oleh Abdul Hassem Khan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang menyaksikan perlawanan itu, berkata pemain negara gagal melakukan penyudah yang baik walaupun mendapat beberapa peluang.

Beliau berkata satu kajian akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kekalahan itu serta menyusun langkah memperbaiki kelemahan.

Tengku Abdullah berkata banyak kerja yang perlu dilakukan selepas ini bagi memastikan bahawa skuad negara benar-benar bersedia untuk menghadapi saingan Piala Dunia 2014 di Belanda tahun depan.

Biarpun gagal dalam misi mencipta sejarah merangkul kejuaraan Asia, Malaysia hanya menunggu pengesahan tempat ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Malaysia menjadi pasukan ketiga dalam senarai menunggu ke Piala Dunia 2014 dan akan mengesahkan slot sekiranya Australia atau New Zealand menjuarai Piala Oceania, bulan depan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan