Korea Selatan Pertahan Piala Asia 2013

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Korea Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan hoki Piala Asia 2013 dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas India pada final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini.

Selaku juara benua, Korea Selatan secara merit layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda. Sebelum perlawanan ini, Korea Selatan sudah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebagai status pasukan simpanan pertama.

Korea Selatan dan India masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam pada separuh akhir Kejohanan Liga Dunia tahun ini.

India pula menjadi pasukan simpanan keempat selepas Sepanyol di tangga kedua dan Malaysia di tangga ketiga dalam senarai simpanan.

Mengikut peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), pasukan yang sudah pun tersenarai dalam Piala Dunia 2014 tetapi memenangi kejohanan benua, maka slot tersebut akan diisi oleh pasukan simpanan.

Maka India, selaku pasukan simpanan keempat, sudah pasti beraksi pada Piala Dunia 2014 dari 31 Mei hingga 15 Jun tahun depan.

Pada pertemuan sengit itu, Kang Moon Kweon menafikan India laluan automatik ke Piala Dunia 2014 apabila menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan pada minit ke-68.

Biarpun sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebelum turun ke final, namun Korea Selatan enggan memberi peluang sebaliknya menampilkan gerakan rancak untuk mendahului 2-0 pada separuh masa.

Jang Jong Hyun membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan seminit kemudian You Hyo Sik menambah jaringan menerusi gol padang.

India, yang terdesak untuk merangkul kejuaraan, bangkit pada babak kedua perlawanan dengan Rupinder Pal Singh merapatkan jurang jaringan pada minit ke-48 menerusi pukulan sudut penalti.

India kemudianya berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol padang yang dijaringan oleh Nikkin Thimmaiah pada minit ke-55.

Selang dua minit kemudian, Nam Hyun Woo menjaringkan gol ketiga Korea Selatan menerusi pukulan penalti.

India kembali berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang yang dihasilkan oleh Mandeep Singh pada minit ke-65.

Kegembiraan India tidak kekal lama apabila Moon Kweon menjaringkan gol kemenangan untuk Korea Selatan mempertahankan kejuaraan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan