Revington Kecewa Gagal Bawa Skuad Negara Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jurulatih hoki kebangsaan Paul Revington meluahkan rasa kecewa kegagalan skuad bimbingan untuk mara ke final Kejohanan Hoki Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.

Impian Malaysia untuk mencipta sejarah mara buat pertama kali ke final berkecai setelah kalah 0-2 kepada India pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, malam Jumaat.

Pada Ahad, Malaysia dijadual menentang Pakistan bagi merebut tempat ketiga, manakala India pula akan beraksi menentang Korea Selatan bagi merebut gelaran juara edisi kesembilan ini.

Revington berkata beliau kecewa dan sedih dengan kegagalan mara ke peringkat akhir.

"Kita sepatutnya boleh menang malam ini, kerana mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol terutama pada awal permainan, tetapi gagal memanfaatkan peluang itu," katanya.

Jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu bagaimanapun tidak menyalahkan anak didiknya kerana menyifatkan mereka telah bekerja keras sebelum ini dan tidak mudah kalah dengan juara Asia berkenaan.

Revington bagaimanapun optimis bahawa pasukanya mampu mengatasi Pakistan pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Ahad.

"Saya harap kita mampu mencipta kemenangan pada aksi menentang Pakistan nanti sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-56," katanya.

Sementara itu, kapten pasukan negara, Mohd Sharun Nabil Abdullah berkata beliau dan rakan-rakan telah sedaya upaya untuk memberi aksi terbaik malam Jumaat.

"Kita memperoleh banyak peluang untuk mencipta gol namun gagal untuk meraih sebarang gol kerana barisan pertahanan India bertindak cemerlang untuk menyekat beberapa peluang yang kita ada," katanya.

Mohd Sharun Nabil berkata fokus pasukannya selepas ini adalah untuk merebut tempat ketiga dan berharap mampu mengalahkan Pakistan.

"Kita akan cuba bermain dengan cara mengikut tempo Pakistan dan terus mengekalkan strategi yang ada dengan memantap jentera serangan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan