Hoki: Malaysia Ada Peluang Cerah Anjur Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk memenangi bidaan bagi hak penganjuran Kejohanan Hoki Piala Dunia pada 2018, kata Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada Khamis.

Menurut Naib Presidennya Majid Manjit Abdullah, Malaysia akan bersaing dengan India, Australia, Belgium dan New Zealand bagi meraih sokongan anggota Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk mendapatkan hak penganjuran itu.

"Kami sudah mengemukakan dokumen bidaan yang cukup mantap di ibu pejabat FIH di Lausanne, Switzerland, minggu lepas dan peluang adalah baik," katanya katanya kepada pemberita.

Difahamkan FIH telah menyenarai pendek Malaysia dan India untuk bidaan tersebut dan akan membuat keputusan tuan rumah Piala Dunia 2018 pada mesyuarat Lembaga Eksekutif badan dunia itu pada 8 Nov ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran kejohanan hoki jemputan bawah 21 tahun Piala Sultan Johor yang akan berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya daripada 21 hingga 29 Sept ini.

Sidang media itu turut dihadiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Malaysia telah menganjurkan Piala Dunia sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1975 dan menduduki tempat keempat dan tempat kelapan pada 2002 manakala New Delhi, India menjadi tuan rumah pada 2010.

Piala Dunia 2014 akan berlangsung di The Hague, Belanda, dar 31 NMei hingga 15 Jun tahun depan.

Menurut Majid, Piala Sultan Johor tahun ini akan akan disertai oleh enam pasukan termasuk dua yang bakal membuat penampilan pertama iaitu Argentina dan England.

Empat pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan mereka selain Malaysia adalah, Pakistan, India dan Korea Selatan, manakala Afrika Selatan menarik diri pada saat-saat akhir.

"Apa yang menarik kali ini adalah, kesemua pasukan yang bertanding pada Piala Sultan Johor akan turut terlibat dalam Piala Dunia Remaja di India Disember nanti," katanya.

Beliau menjelaskan kesemua pasukan dijangka menampilkan skuad dunia masing-masing ke Johor sebagai persiapaan terakhir sebelum menghadapi Piala Dunia Remaja di Indian nanti.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan