Hoki Piala Asia: Malaysia Tidak Gentar Hadapi India Pada Aksi Separuh Akhir Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Walaupun berdepan laluan sukar di saingan separuh akhir Kejohanan Piala Asia 2013, skuad hoki kebangsaan tetap optimis turun dengan penuh semangat untuk menghadapi India, pendahulu Kumpulan B yang juga merupakan juara tiga kali piala berprestij itu di Stadium Hoki Azlan Shah pada Jumaat ini.

Kapten pasukan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah berkata beliau mengakui bahawa India merupakan pasukan kuat namun ianya bukan satu alasan buat dirinya serta rakan-rakan lain untuk tidak berusaha mencari kemenangan bagi memburu gelaran juara Piala Asia 2013 buat kali pertama.

"Fokus utama kami adalah perlawanan Jumaat ini dan kami akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi India dan tidak cepat mengaku kalah biarpun tahu India adalah pasukan yang kuat.

"Kejayaan menyingkir Jepun dengan kemenangan 4-2 semalam memberi kami satu semangat baharu untuk lebih yakin berdepan India nanti," katanya.

Mohad Shahrun Nabil berharap pengalaman beberapa kali bertemu India pada kejohanan lain sebelum ini mampu membantu pasukanya pada perlawanan separuh akhir, Jumaat ini.

"Kita banyak kali bertemu India, mereka (India) tahu kelebihan dan kelemahan kita namun kita juga tahu apa yang mereka ada," katanya.

Mohd Shahrun Nabil berkata beliau yakin dengan keupayan pasukan dan berharap Malaysia mampu beraksi dengan tempo yang laju bagi mengatasi India.

Sementara itu, Faizal Saari berkata beliau dan rakan-rakan tidak gentar untuk hadapi India kerana Malaysia mempunyai perancangan sendiri untuk perlawanan separuh akhir nanti.

"Kita mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan ianya diharap akan banyak membantu kita nanti," katanya.

Faizal berkata sekarang ini para pemain perlu tumpu sepenuh perhatian kepada perlawanan Jumaat nanti tanpa menoleh kebelakang kerana Malaysia semakin dekat untuk memburu gelaran juara Piala Asia.

Malaysia selaku naib juara Kumpulan A layak ke perlawanan separuh akhir setelah mengalahkan Jepun 4-2 pada aksi perlawanan peringkat kumpulan.

Pada aksi separuh akhir nanti Malaysia bakal berdepan laluan sukar apabila terpaksa bersemuka dengan juara Kumpulan B iaitu India.

Manakala juara Kumpulan A, Pakistan yang mencipta kemenangan besar 13-0 ke atas Taiwan semalam akan bertemu naib juara Kumpulan B, sama ada Korea Selatan atau Oman pada aksi separuh akhir Jumaat ini.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hoki Piala Asia , Malaysia , India

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan