Malaysia Tuan Rumah Piala Eurasia Yang Pertama Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Golf Piala EurAsia yang pertama, yang dimodelkan dengan Piala Ryder iaitu acara berpasukan di mana benua Eropah menentang Asia.

Piala EurAsia, yang dikitiraf oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah, akan menampilkan 10 pemain terbaik masing-masing dari Eropah dan Asia pada saingan selama tiga hari di Glenmarie Golf & Country Club di sini pada 28 Mac 2014.

Professional Golf of Malaysia (PGM) dilantik oleh kerajaan untuk menyelaras kejohanan bernilai US$4 juta (RM12.8 juta) itu.

Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata acara itu dijangka disiarkan secara langsung di lebih 45 negara di seluruh dunia.

"Peranan saya sebagai penyelaras tempatan Piala EurAsia akan membantu Jelajah Eropah dan Jelajah Asia.

"Saya akan mengesyorkan dua atau tiga pemain Malaysia kepada ketua pasukan Asia untuk pertimbangan dan mungkin dipilih di bawah tiket wild card," katanya pada sidang media ketika mengumumkan kejohanan sulung itu di sini, Isnin.

Ahmad Sarji berkata pengerusi Jelajah Asia, Kyi Hla Lan telah menawarkan kepadanya untuk menjadi tuan rumah pertandingan itu pada Februari 2011 sebagai pengiktirafan kepada kesungguhan dan minat Malaysia terhadap sukan itu serta mempunyai bilangan besar lapangan golf yang baik di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan EurASia Golf Ltd., Charlie Tingey berjanji akan membawa pemain utama Eropah ke pertandingan itu. Beliau berkata pasukan Eropah itu akan dibarisi empat pemain utama kejohanan 'Race to Dubai' iaitu kejohanan penghujung musim, empat pemain terbaik dalam senarai ranking dunia dan dua slot 'wild card'.

"Bagi pasukan Asia pula, empat pemain terbaik dalam ranking Jelajah Asia, tiga terbaik daripada ranking dunia dan tiga slot wild card," kata Tingey.

Menurutnya kejohanan dwitahunan itu akan dihoskan secara bergilir antara negara Asia dan Eropah.

Konglomerat automatif negara DRB HICOM Berhad menjadi rakan kejohanan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Piala Eurasia , Piala Ryder

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan