Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Hoki Piala Asia 2013

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia mengesahkan tempat di separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia kesembilan selepas muncul naib juara Kumpulan A apabila mengalahkan Jepun 4-2 pada perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, malam Selasa.

Skuad bimbingan Paul Revington itu mengiringi pendahulu Kumpulan A iaitu Pakistan ke perlawanan pusingan separuh akhir, yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Malaysia hampir pasti menempuh laluan sukar apabila dijadual berdepan juara kumpulan B iaitu India, yang merupakan kuasa besar Asia, pada aksi separuh akhir nanti.

Pasukan Matahari Terbit, Jepun bermula garang apabila menghasilkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti oleh Toshiro Tashibana seawal minit keempat sebelum Kei Kawakami menggandakan jaringan pada minit kelapan.

Tertekan dengan kedudukan 0-2, skuad hoki negara bertali arus melancarkan serangan bagi memecah kubu pertahanan Jepun, dan Muhammad Razie Abd Rahim akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-13.

Muhammad Firhan Ashaari berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-27.

Bersambung babak kedua perlawanan, anak didik Paul Revington menjaringkan gol ketiga menerusi Faizal Saari pada minit ke-59 sebelum Azlan Misron menambah luka Jepun dengan gol keempat pada minit ke-66.

Pada saingan sebelah petang, Pakistan yang turut beraksi dalam kumpulan A terlebih dahulu mengesahkan tempat ke separuh akhir apabila membelasah Taiwan 13-0.

Juara tiga kali Piala Asia edisi 1982, 1985 dan 1989 selaku pendahulu kumpulan itu dijadual bertemu Naib Juara kumpulan B, sama ada Korea Selatan atau Oman pada aksi separuh akhir, Jumaat ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Jepun , Kejohanan Hoki Piala Asia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan