136 Atlet Galas Cabaran Sukan Perpaduan Di Palembang

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 136 atlet akan menggalas cabaran negara dalam 10 acara sukan pada edisi ketiga temasya Sukan Perpaduan Islam di Palembang, Indonesia dari 22 September hingga 1 Oktober ini.

Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya sukan berkenaan Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata kontinjen negara menggabungkan atlet elit dan pelapis kebangsaan.

"Ia medan pendedahan terbaik untuk atlet pelapis, terutama untuk bersaing dengan atlet terbaik dari negara Islam yang lain. Penglibatan atlet elit pula diharap dapat merealisasi pencapaian yang terbaik di sana," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kontinjen negara ke sukan itu di Majlis Sukan Negara (MSN), Selasa.

Atlet negara mengambil bahagian dalam 10 daripada 13 acara sukan yang dipertanding iaitu renang, olahraga, badminton, bola tampar pantai, karate, taekwondo, tenis, angkat berat, memanah dan wushu.

Malaysia tidak bertanding dalam acara bola sepak, bola keranjang dan bola tampar dewan kerana tidak layak berikutan penyertaan adalah berdasarkan kedudukan 12 terbaik dalam ranking antarabangsa badan induk sukan itu.

Megat Zulkarnain berkata mesyuarat hari ini meletak sasaran untuk meraih tiga pingat emas melalui acara renang dan wushu.

"Sasaran ini adalah berdasarkan kepada negara peserta, dan jika kita tahu senarai nama peserta luar yang akan bertanding, mungkin kita akan dapat membuat sasaran yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata urusan memuktamad penyertaan berdasarkan senarai nama oleh pihak penganjur ialah pada 31 Ogos ini.

Untuk rekod, Malaysia menduduki tempat ketujuh keseluruhan selepas meraih lima pingat emas, lima perak dan enam gangsa pada edisi sulung temasya berkenaan di Arab Saudi pada 2005.

Bagaimanapun, penganjuran edisi kedua temasya sukan itu di Tehran, Iran pada 2010 dibatalkan Persekutuan Sukan Perpaduan Islam (ISSF) apabila negara tuan rumah gagal menyediakan kemudahan sewajarnya.

Mengulas persiapan penganjur, Megat Zulkarnain berkata tuan rumah sudah bersedia menganjurkan edisi ketiga temasya Sukan Perpaduan Islam dan menerima peserta dari 25 negara.

Semua acara akan berlangsung di Kompleks Sukan Jakabaring, yang pernah menjadi venue Sukan SEA pada 2011. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan Perpaduan Islam , Palembang , Indonesia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan