Malaysia Perlu Waspada Dengan 'Harakiri' Jepun Esok

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Nasib skuad hoki negara ke separuh akhir Piala Asia 2013 segalanya bergantung kepada perlawanan penentuan dengan Jepun dalam Kumpulan A di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini, Selasa.

Perebutan slot ke separuh akhir menjadi semakin menarik apabila Malaysia dan Jepun berkongsi tiga mata dan mempunyai peluang untuk mengiringi Pakistan ke separuh akhir daripada kumpulan itu.

Dalam Kumpulan B, juara bertahan Korea Selatan dan bekas juara dua kali, India sudah pasti melangkah ke separuh akhir. Walaupun Malaysia hanya memerlukan keputusan seri untuk menempah tiket ke separuh akhir tetapi Jepun bukan calang-calang pasukan.

Berdasarkan pertemuan terkini antara kedua-dua pasukan itu pada Kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Baharu, 7 Julai lepas, Malaysia hanya mampu mengatasi pasukan itu 4-3 menerusi pukulan penalti selepas terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Ranking dunia kedua-dua pasukan itu tidak begitu jauh dengan Malaysia berada di tangga ke-13 dan Jepun di tempat ke-16.

Penjaga gol utama skuad negara S. Kumar mengakui pasukan negara Matahari Terbit itu sering melakukan kejutan pada saat-saat akhir perlawanan dan corak serangan yang pantas daripada pasukan itu sukar diramal.

"Jepun berada dalam keadaan tertekan di mana mereka perlu menang manakala kita hanya memerlukan keputusan seri untuk melangkah ke separuh akhir," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Walaupun berkongsi tiga mata, Malaysia menduduki tangga kedua kumpulan dengan kelebihan jaringan.

Malaysia membelasah Taiwan 10-2 pada perlawanan pembukaan, Sabtu lepas, tetapi dikecewakan oleh Pakistan 4-1 semalam manakala Jepun mengalahkan Taiwan 5-1 semalam dan kalah 7-0 kepada Pakistan pada hari sebelumnya.

Kumar mengingatkan rakan sepasukan supaya lebih berhati-hati di bahagian benteng pertahanan dan sentiasa waspada dengan setiap gerakan penyerang pasukan lawan itu.

Penyerang negara, Muhammad Firhan Ashaari berkata pasukan lawan itu mempunyai kelebihan melakukan pukulan mantap dalam kawasan penalti dan persefahaman antara pemain yang begitu baik.

Beliau berkata skuad negara akan turun dengan semangat juang yang tinggi dan yakin dapat melangkah ke separuh akhir dengan mengatasi Jepun.

"Kita yakin mampu tewaskan Jepun kerana sebelum ini kami tidak puas hati dengan pencapaian ke atas pasukan itu di Johor Baharu," katanya.

Pada saingan separuh akhir Jumaat ini, juara Kumpulan A akan menentang naib juara Kumpulan B manakala juara Kumpulan B bertemu naib juara Kumpulan A. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala Asia 2013 , Malaysia , Jepun

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan