Keluarga Chua Terharu Kejayaan Malaysia Benam Taiwan 10-2

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keluarga tonggak skuad hoki kebangsaan, mendiang Chua Boon Huat terharu dengan kejayaan Malaysia mencipta kemenangan besar 10-2 ke atas Taiwan pada saingan awal perlawanan peringkat kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini, Sabtu.

Kakak mendiang, Melissa Chua, 37, berkata kejayaan Malaysia membenam Taiwan 10-2 semalam cukup berharga buat diri mereka sekeluarga.

"Mediang sering bercerita kepada kami sekeluarga bahawa beliau ingin melihat Malaysia menjulang Piala Asia 2013 buat julung kalinya serta layak ke Piala Dunia di Belanda 2014.

"Chua bersama rakan telah berkerja keras menjalani persiapan sebelum ini dan beliau pasti tersenyum melihat kejayaan malam ini jika beliau masih hidup," katanya yang hadir bersama ibunya, Tan Kuai Neo menyaksikan perlawanan tersebut di sini, Ahad.

Sebelum perlawanan bermula penonton bertafakur bagi memberi penghormatan terhadap jasa wira negara kelahiran Bukit Cina, Melaka itu.

Sementara itu, kapten pasukan negara, Mohd Shahrul Nabil Abdullah menyifatkan kejayaan tersebut hasil dorongan semua pemain yang berusaha bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian mediang Chua ingin melihat kejayaan skuad hoki kebangsaan.

"Walaupun Chua telah lama meninggalkan pasukan, namun semangat juang tinggi yang terdapat pada diri mediang sentiasa segar melekat di dada kami," katanya.

Mendiang Chua terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 1 Ogos lalu apabila kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah lori penyiram pokok di Lebuhraya Damansara-Puchong pada 2.25 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan