Revington Akan Hanya Nama Dua Pemain Terakhir Selepas Perlawanan Persahabatan Dengan India

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih hoki negara Paul Revington berkata beliau akan hanya menamakan dua pemain terakhir dalam skuad 18-pemain bagi Kejohanan Piala Asia Kesembilan selepas perlawanan 'pemanas badan' menentang India di Ipoh, Perak, pada 21 Ogos ini.

Piala Asia akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 Sept ini di mana juara kejohanan itu akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Revington, jurulatih kelahiran Afrika Selatan berusia 42 tahun itu, berkata anak buahnya baru kembali dari Ipoh selepas mengikuti kem latihan di sana.

"Kami mahu menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri dengan sepenuhnya dengan menamakan dua pemain terakhir skuad selewat mungkin," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Goki Malaysia (MHC) di sini, Jumaat.

Pemain pertahanan Muhamad Amin Rahim dan pemain tengah merangkap penyerang, Meor Muhamad Azwan Hassan terkeluar daripada kejohanan berikutan masalah kecederaan.

Ini menyebabkan dua kekosongan dalam skuad menjadi rebutan antara tiga pemain iaitu Azreen Rizal Nasir, Jivan Mohan dan Muhamad Ramadan Rosli.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Taiwan, Pakistan dan Jepun manakala Kumpulan B terdiri daripada pasukan Korea Selatan, India, Bangladesh dan Oman.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Dunia apabila menjadi tuan rumah pada 2002 dengan menduduki tangga kelapan. Pencapaian terbaik negara ialah tempat keempat pada Piala Dunia 1975.

Senarai 16 Pemain:

S.Kumar, Roslan Jamaluddin, Azlan Misron, Baljit Singh Charun Singh, Faiz Helmi Jali, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Razie Abdul Rahim.

Mohd Fitri Saari, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Nabil Fiqri Mohd Noor, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil, Muhammad Firhan Ashaari, Faizal Saari. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan