Ketiadaan Chua Tidak Jejas Peluang Skuad Hoki Rebut Gelaran Piala Asia

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketiadaan tonggak skuad hoki kebangsaan, mendiang Chua Boon Huat tidak menjejaskan peluang pasukan hoki negara dalam merebut gelaran juara Piala Asia di Ipoh akhir Ogos ini, kata Majlis Sukan Negara (MSN).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong percaya para pemain tabah dan bersemangat dalam perjuangan mereka merangkul kejuaraan pertama itu bagi kelayakan ke Piala Dunia di The Hague pada Jun tahun hadapan.

"Saya juga pasti bahawa jurulatih Paul Revington dan juga Arul Selvaraj (penolong jurulatih hoki kebangsaan) mempunyai perancangan untuk memastikan pasukan mereka tidak begitu terjejas dengan kehilangan Chua.

"Kita mempunyai ramai pemain barisan hadapan yang mampu mengambil alih tugas beliau. Ini merupakan peluang kita yang terbaik untuk menjuarai kejohanan Asia," katanya.

Zolkples berkata skuad hoki kebangsaan telah membuat persiapan rapi serta pendedahan pertandingan antarabangsa melalui perlawanan dengan pasukan-pasukan dari negara Asia seperti India, Pakistan, Korea, Jepun dan China.

Beliau berkata tidak mustahil untuk pasukan kebangsaan merangkul kejuaraan Asia buat kali pertama itu dan beliau berharap sokongan padu daripada penyokong tempatan di Ipoh akan membantu kekuatan pasukan.

Pemergian mendiang Chua dalam kemalangan jalan raya pada 1 Ogos lepas memberi kesan di benteng pertahanan namun beliau (Zolkples) percaya Revington masih mempunyai pemain lain yang berkebolehan.

Skuad hoki negara tidak mempunyai pilihan untuk layak ke Piala Dunia 2014 kecuali merangkul gelaran pada saingan Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan, Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 September ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Taiwan, Pakistan dan Jepun manakala Kumpulan B melibatkan Korea Selatan, India, Bangladesh dan Oman.

Sebelum memulakan kempen Piala Asia, skuad negara yang dibimbing ketua jurulatih kebangsaan, Paul Revington dijadual mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang India dan Jerman, seminggu sebelum kejohanan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan