Sukan Sea: Eleena Yakin Raih Emas Pertama Di Myanmar

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun kali pertama beraksi di pentas Sukan SEA, atlet elit karate negara, Eleena Abdul Malik yakin membawa pulang sebutir pingat emas daripada temasya Sukan SEA 2013 Myanmar yang akan diadakan di Nay Pyi Taw, Yangon dan sekitar Mandalay serta Pantai Ngwe Saung, mulai 11 Dis hingga 22 Dismber ini.

Eleena, 22 tahun yang akan beraksi dalam kategori kumite bawah 50kg wanita, berkata beliau yakin dengan kemampuannya untuk mengatasi pesaing dari negara lain biarpun ini adalah penyertaan sulungnya ke temasya sukan dwitahunan itu.

"Kejayaan menduduki tempat ke-43 terbaik dunia dalam ranking Persekutuan Karate Dunia (WKF) sejak tahun lepas sedikit sebanyak memberi lebih keyakinan kepada saya untuk menyumbang sebutir pingat emas untuk negara di Myanmar nanti.

"Namun pada masa yang sama saya tidak memandang rendah keupayaan atlet negara lain sebaliknya akan tetap berhati-hati apabila beraksi nanti lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan atlet dari Thailand dan Vietnam," katanya.

Mahasiswa jurusan kejuruteraan sebuah kolej swasta di ibu negara itu berkata kepantasan ketika beraksi adalah satu kelebihan pada dirinya dan beliau harap mampu mengekalkan hingga ke hari kejohanan nanti.

"Saya bersedia untuk mengahadapi cabaran di Myanmar kerana telah memulakan latihan persiapan sejak awal tahun lagi dan berharap tidak akan berdepan dengan banyak masalah untuk menghadapi cabaran tersebut," katanya.

Anak jati Pulau Pinang itu berkata beliau memilih sukan karate kerana tertarik dengan gabungan seni teknikal dan fizikal yang terdapat pada sukan berasal dari Jepun itu berbanding seni bela diri lain yang lebih mengutamakan elemen fizikal semata-mata.

Pada edisi Indonesia 2011, skuad karate negara berjaya menyumbang empat pingat emas menerusi Shahrudin Tamaludin (kumite bawah 75 kg lelaki), R.Loganeshaa (kumite bawah 55 kg lelaki), G.Yamani (kumite bawah 61 kg wanita) dan K.Teagarajan (kumite bawah 84 kg lelaki).

Selain acara karate, untuk edisi Sukan SEA Myanmar 2013, Malaysia akan turun mengambil bahagian dalam acara renang, olahraga, memanah, badminton, bola keranjang, biliard dan snuker, tinju, berkanu, berbasikal, ekuestrian, bola sepak termasuk futsal, golf, hoki dan judo.

Acara lain ialah mendayung, sepak takraw termasuk chinlone, pelayaran, menembak, ping pong, taekwondo, bola tampar, wushu, bina badan, catur, muay, pencak silat, angkat berat dan petanque.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan Sea , Eleena , Myanmar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan