Ishtiaq Mubarak Dalam Kenangan

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ishtiaq Mubarak
Ishtiaq Mubarak

BEKAS atlet olahraga kebangsaan Ishtiaq Mubarak ketika hayatnya merupakan seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab serta penyayang kepada keluarga.

Balu Allahyarham, Shamini Selvarani Abdullah, 52, berkata walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan selaku jurulatih negara, arwah sentiasa mengambil berat tentang anak-anak.

"Ini dapat dilihat apabila arwah sentiasa menelefon anak sulung kami, Shaniz, yang baru saja menamatkan latihan dalam bidang perhotelan di Dubai," katanya.

Menurut Shamini, Ishtiaq, 65, yang mengalami serangan angin ahmar tiga tahun lalu, terjatuh di bilik air di rumahnya dan mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum meninggal dunia pada kira-kira 9.55 pagi Jumaat lalu.

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak pada hari yang sama.

Mengulas lanjut, Shamini berkata arwah suaminya merupakan seorang yang bersederhana dalam kehidupan, berjiwa murni dan berdedikasi selain mempunyai minat mendalam dalam mengumpul motosikal berkuasa besar.

Beliau bagaimanapun berkata arwah terpaksa menjual sebahagian daripada koleksi motosikal itu susulan serangan angin ahmar berkenaan.

Disebabkan masalah kesihatan, Ishtiaq mengambil keputusan bersara sebagai jurulatih Januari lepas, kata Shamimi.

Beliau berkata suaminya sangat ceria ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri pada Khamis dengan kehadiran ramai anggota keluarga yang berkunjung ke rumah.

"Arwah begitu gembira menyambut Aidilfitri bersama anak-anak dan sanak-saudara lain," kata Shamini, seorang pegawai bank.

Selain isteri, Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan, Shaniz, dan Shakira Mubarak, masing-masing berusia 26 dan 22 tahun.

Ishtiaq pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat di Sukan Asia serta Sukan Sea, dan mewakili negara pada Sukan Olimpik.

Allahyarham juga pernah dianugerahkn atlet terbaik sepanjang tahun pada 1976.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan