PHNS Adakan Ujian Pemilihan Pemain Ahad Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) akan mengadakan sesi ujian pemilihan pemain di Stadium Hoki Seremban 2 di sini, Ahad ini.

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan, P. Tamil Selvam berkata, pemilihan pemain itu diadakan untuk membentuk pasukan Negeri Sembilan bagi Kejohanan Hoki Piala Razak yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang dari 5 hingga 15 September ini.

"Pemilihan pemain yang bermula pukul 5 petang akan dikendalikan oleh jurulatih S. Chandran dan terbuka kepada mana-mana pemain hoki dari negeri ini," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata langkah ini sebagai usaha PHNS membentuk sebuah pasukan mantap yang dapat membawa saingan Negeri Sembilan pada kejohanan itu.

"Pada Ahad ini, kita akan pilih 25 pemain dan akan menguji mereka dalam beberapa perlawanan persahabatan yang diatur, sebelum kita memilih 18 pemain pada pemilihan terakhir untuk diserapkan dalam pasukan," katanya.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai pemilihan itu, hubungi Tamil Selvam di talian 019-3650303 atau Chandran (016-3157113). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan